Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk

Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk Ke 35th 2010 (WFFS) San Francisco, California

 

Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk ke 35 2010 telah dianjurkan dari 17 hingga 19 Januari 2010 di Pusat Konvensyen Moscone, San Francisco, California. Ianya merupakan acara tahunan anjuran US National Association for the Specialty Food Trade Inc (NASFT). Penyertaan di dalam pameran ini merupakan penyertaan kali kedua bagi FAMA di dalam WFFS di San Francisco. Pameran tahun ini dianggarkan telah dihadiri oleh seramai 24,000 bakal pembeli yang mewakili pelbagai sektor pasaran, peruncit, pengedar bagi peruncitan, perkhidmatan makanan dan perindustrian. Seramai 1300 peserta pameran yang mewakili 78 buah Negara telah menyertai pameran pada tahun ini.

 

Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk ke 35 2010 telah dianjurkan dari 17 hingga 19 Januari 2010 di Pusat Konvensyen Moscone, San Francisco, California. Ianya merupakan acara tahunan anjuran US National Association for the Specialty Food Trade Inc (NASFT). Penyertaan di dalam pameran ini merupakan penyertaan kali kedua bagi FAMA di dalam WFFS di San Francisco. Pameran tahun ini dianggarkan telah dihadiri oleh seramai 24,000 bakal pembeli yang mewakili pelbagai sektor pasaran, peruncit, pengedar bagi peruncitan, perkhidmatan makanan dan perindustrian. Seramai 1300 peserta pameran yang mewakili 78 buah Negara telah menyertai pameran pada tahun ini.

Pameran selama tiga hari ini telah berlangsung di dalam cuaca yang agak buruk tetapi tidak menjejaskan acara yang berlansung memandangkan jumlah kunjungan yang amat tinggi. Walaupun bilangan peserta pameran lebih rendah dari tahun sebelumnya, akibat dari kemelut ekonomi yang melanda, kaliber pelanggan yang menghadiri pameran ini amat memberansangkan. Kunjungan ke ruangan pameran FAMA pada hari Ahad dan Isnin amat ramai dan menggalakkan.

 

Ruangan Pameran FAMA di WFFS ke 35 di San Francisco, California

 

Asia Etc sebuah syarikat pemasaran yang berpusat di AS telah dilantik oleh FAMA bagi melaksanakan koordinasi dan mewakili syarikat-syarikat dari Malaysia iaitu syarikat Carefood Industries Sdn. Bhd, Kawan Food Manufacturing Sdn. Bhd. dan Cortino Sdn. Bhd. Keluasan ruangan pameran yang di duduki oleh kumpulan syarikat dari Malaysia adalah seluas 400 kaki persegi yang meliputi sebahagian dari Sayap Selatan Pusat Pameran di ruangan Pavilion Antarabangsa. Kesemua ruangan pameran yang mewakili Malaysia telah dihias cantik dan program merasai sample makanan telah dilaksanakan sepanjang tiga hari acara berlansung. Risalah dan bahan ilmiah yang berkaitan juga telah diedarkan.

Kesemua demonstrasi makanan telah dilaksanakan oleh chef peribadi yang diupah dari USPCA (United States Personal Chef Association – www.uspca.com) khas bagi acara ini. Sejumlah 4 orang chef dan 1 penolong chef telah mengendalikan demonstrasi memasak yang dijalankan. Seramai 12 pekerja jualan juga turut hadir bagi menyokong dan mengendalikan ruangan pameran serta melaksanakan aktiviti pemasaran dan jualan sepanjang 3 hari acara berlangsung.

 

Demonstrasi memasak dan merasai makanan oleh Chef di WFFS

 

Pada tahun ini Asia Etc mengambil satu langkah ke hadapan yang lebih maju dan dinamik untuk mempromosikan produk makanan dari Malaysia melalui pengiklanan dan penerbitan di dalam laman sembang seperti Twitter, Facebook, YouTube, Blogspot dan pengumuman di dalam radio awam (program bual bicara radio berteraskan internet). Asia Etc juga telah melantik Green International Marketing (GIM), sebuah syarikat Perhubungan Awam untuk mempromosikan produk makanan Malaysia semasa pameran berlansung dan juga secara online.

Green International Marketing telah mengendalikan wawancara video secara lansung bersama para peserta industri makanan dan para pengunjung yang melawati ruangan pameran FAMA semasa acara berlansung. Seterusnya, wawancara tersebut akan di dipamerkan di dalam pelbagai medium yang mempromosikan produk makanan dari Malaysia seperti;

  1. GIM's Blogspot - http://greeninternationalmep.diagroublogspot.com
  2. Radio Talk show - http://www.blogtalkradio.com/newmediaradiohour
  3. Facebook - http://www.facebook.com/pages/Green-International-Media-Group/151748707607
  4. Twitter - http://twitter.com/Grnintlmediagrp

Satu wawancara eksklusif bersama Kounselor Pertanian telah dijalankan oleh GIM bagi mempromosikan produk makanan dari Malaysia semasa acara berlansung. Wawancara ini boleh di tonton melalui laman web di bawah;

http://www.facebook.com/pages/Asiaetc/273152966398?ref=mf

 

Promosi bagi produk makanan dari Malaysia juga telah diterbitkan di dalam dua set majalah di mana iklan dan artikel mengenainya telah ditulis. Kedua-dua majalah tersebut adalah majalah Rasmi Direktori Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk ke35 dan majalah Personal Chef (Salinan majalah dan iklan disertakan). Majalah Personal Chef merupakan penerbitan majalah rasmi bagi industri Personal Chef dan diedarkan kepada seramai 200,000 chef diseluruh AS. FAMA telah menerbitkan iklannya yang pertama di dalam isu majalah Jan-Mac 2010. Manakala bagi isu April-Jun 2010 pula, penumpuan akan diberikan kepada jem AgroMas melalui iklan bersaiz penuh berserta penulisan artikel produk. Penerbitan iklan ini, disokong dengan pengunaan media social dan komunikasi lain seperti Blogspot, Facebook, Twitter dan siaran radio awam secara meluas pastinya akan membantu di dalam aktiviti mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa. Wawancara video juga akan di pamerkan di dalam Youtube sebagai sebahagian dari usaha untuk menembusi pasaran yang lebih luas dan menimbulkan kesedaran dan minat dikalangan pengguna online.

 

Jem FAMA Agromas menjadi salah satu tumpuan utama di pameran ini

 

Pengedar dan peruncit yang berpotensi dari seluruh AS menyaksikan penerimaan secara meluas produk-produk dari Malaysia yang turut memberikan keyakinan kepada mereka untuk menyimpan stok dan mengedarkan produk makanan dari Malaysia.

 

Produk Set Makanan dan "Vegetarian" Soyeat dari Asia yang dipamerkan di WFFS

 

Pameran Makanan Berhias Musim Sejuk ke 35 ini membuahkan kejayaan yang besar di dalam usaha memajukan dan mengembangkan pemasaran produk makanan dari Malaysia selaras dengan matlamat FAMA khasnya dan pengeksport makanan dari Malaysia secara amnya.

Pengunaan media sosial oleh Asia Etc amat dipuji kerana media sosial seperti Facebook, Twitter dan Blogspot mempunyai jangkauan yang lebih luas untuk mencapai sasaran pengguna online. Terdapat banyak syarikat di dunia yang telah menggunakan sosial media sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan produk mereka. Facebook yang memiliki seramai 350 juta pengguna aktif (lebih dari 105 juta pengguna aktif di AS) dan 700,000 akaun pemilik perniagaan, menjadikan Facebook sebagai salah satu dari peralatan komunikasi pemasaran yang tiada tandingannya pada dekad masa kini yang mampu mempromosi dan menimbulkan kesedaran terhadap produk makanan dari Malaysia secara besar-besaran.

Acara promosi yang seterusnya akan berlansung di Pameran Makanan Persatuan Restoran Antarabangsa (NRA) bertempat di Chicago pada 22 - 25 Mei 2010. Pengeksport makanan dari Malaysia amat digalakkan untuk menyertai pameran ini bagi mempromosi dan mengembangkan pasaran sedia ada mereka di AS.


Laporan oleh:
Pejabat Kaunselor Pertanian
Washington DC
AS
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon