PENGENALAN |
|
ScienceFund ialah geran bagi melaksanakan penyelidikan dalam bentuk Applied Research atau Strategic Basic Research manakala TechnoFund merupakan geran bagi perlaksanaan penyelidikan di peringkat pra-pengkomersialan, peningkatan skala dan perolehan IP yang memerlukan penglibatan pihak swasta secara aktif. Dana R&D Pertanian diwujudkan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran dana R & D bagi sektor pertanian supaya penyelidikan dalam bidang pertanian dilaksanakan secara holistik, menyeluruh dan sepanjang rantaian nilai bagi mencapai matlamat pertanian negara. Skop dan fokus Dana R&D Pertanian adalah penyelidikan kritikal, pendahulu dan top-down dalam bidang agro-makanan dan bukan makanan berpandukan Research Themes. Penekanan adalah penghasilan teknologi moden dan efisyen untuk pengeluaran produk yang berkualiti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Pembiayaan projek peningkatan skala, pra-pengkomersialan dan perolehan teknologi adalah dalam bidang keutamaan yang akan memberi impak kepada peningkatan produktiviti pertanian negara. Dana ini juga untuk tujuan perolehan teknologi luar untuk digunapakai dengan adaptasi. Laluan ini diharapkan akan melonjakkan teknologi ke arah pembangunan sektor pertanian yang lebih mantap. Bidang -bidang yang diberi keutamaan Dana R & D adalah seperti berikut: |