• img1
  • img2
  • img5

PENGUMUMAN

[Iklan Sebut Harga] Kerja-kerja Penyelenggaraan Terusan Serta Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di Sepanjang Terusan Utama IADA Barat Laut Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebut Harga] Kerja-kerja Membuang Keluar Tunggul-tunggul Kayu dan Sampah Sarap Serta Pembersihan Kawasan Sepanjang Tahun Di Ibu Ampangan Sungai Bernam (BRH), IADA Barat Laut Selangor, Selangor Darul Ehsan.

[Info Lanjut]

 

Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani).

[Info Lanjut]

 

Iklan Jawatan Kosong Di Kolej Pertanian Malaysia (Taraf Jawatan : Kontrak).

[Info Lanjut]

 

Semakan Keputusan Permohonan Online Ke Program Latihan Kemahiran Kebangsaan (PLKPK) bagi SESI JANUARI 2018 mulai 21 Disember 2017

[Info Lanjut]

 

Stylish Announcements Stylish Announcements

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
RMK - 9    
     

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir  Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :

  1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
  2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;
  3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
  4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
  5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :
  1. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;
  2. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;
  3. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%; dan
  4. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.
  5. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah disasarkan.
   
 
STRATEGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
 

Penterjemahan hala tuju dan teras dasar Rancangan Malaysia Kesembilan akan menumpukan kepada usaha ke arah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang telah ditetapkan. Program-program dan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi seperti berikut:

  1. Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan
  2. Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan
  3. Meningkatkan industri asas tani
  4. Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar
  5. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi
  6. Peningkatan Keupayaan Pemasaran
  7. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa
  8. Penyediaan Pinjaman dan Insentif
  9. Penumpuan kepada Total Factor Productivity  

PENUTUP

Secara keseluruhannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk memperbanyakkan golongan petani, penternak dan nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang private-sektor driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan Negara untuk merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing.