• img3
  • img1
  • img1
  • img3
  • img7

PENGUMUMAN

[Jadual Tender] Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Pengairan dan Saliran Pertanian Bagi IADA Pulau Pinang : IADA/PP/1/2017, IADA/PP/2/2017, IADA/PP/3/2017 dan IADA/PP/4/2017.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebutharga] Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Ladang Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Projek Berkelompok Tanaman Buah-buahan Kampung Chabang Kerteh, Kemaman, Terengganu.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebutharga] Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Ladang Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Projek Berkelompok Tanaman Kontan/Sayuran Di Paya Pinggiran Kijal, Kemaman, Terengganu.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebutharga] Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Ladang Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Projek Berkelompok Buahan Dan Beltek Kampung Semayor, Kemasik, Terengganu.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Kawasan Di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut, Perak.

[Info Lanjut]

 

Tawaran Program Inkubasi Usahawan Pertanian dari Syarikat Ladang Sawitria (Kel) Sdn. Bhd.

[Info Lanjut]

 

Tinjauan Kepuasan Pelanggan bagi penilaian Indeks SSR 2017 menggunakan aplikasi MyPelanggan mulai 24 Julai - 31 Oktober 2017. Satu soal selidik telah disediakan dan mohon kerjasama pelanggan MOA/ Jabatan / Agensi mengisi dan menilai perkhidmatan yang diberikan.

[Info Lanjut]

 

Stylish Announcements Stylish Announcements

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
RMK - 9    
     

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir  Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :

  1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
  2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;
  3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
  4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
  5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :
  1. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;
  2. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;
  3. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%; dan
  4. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.
  5. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah disasarkan.
   
 
STRATEGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
 

Penterjemahan hala tuju dan teras dasar Rancangan Malaysia Kesembilan akan menumpukan kepada usaha ke arah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang telah ditetapkan. Program-program dan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi seperti berikut:

  1. Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan
  2. Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan
  3. Meningkatkan industri asas tani
  4. Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar
  5. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi
  6. Peningkatan Keupayaan Pemasaran
  7. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa
  8. Penyediaan Pinjaman dan Insentif
  9. Penumpuan kepada Total Factor Productivity  

PENUTUP

Secara keseluruhannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk memperbanyakkan golongan petani, penternak dan nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang private-sektor driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan Negara untuk merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing.