Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian Dan Makanan (Agri-BDC) Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian Dan Makanan (Agri-BDC)

Pengenalan

Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) ialah pusat sumber dan maklumat setempat yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi menyokong dan membangunkan perniagaan dalam bidang pertanian dan makanan negara.

 

Program ini adalah kesinambungan kepada program Pusat Maklumat Pertanian Setempat yang dilaksanakan di bawah RMKe-7 dan seterusnya ditukarkan kepada program Agri-BDC yang dilaksanakan di bawah RMKe-8. Program ini telah memberi manfaat yang besar kepada para pelabur dan bakal pelabur di dalam sektor pertanian menerusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Program ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi supaya manfaatnya dapat disampaikan secara meluas kepada golongan sasaran di seluruh negara. Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan (Agri-food BDC) adalah pusat sumber dan maklumat tunggal yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian bagi membantu dan membangunkan komuniti perniagaan pertanian dan makanan Malaysia. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan golongan yang terlibat dalam bidang perniagaan pertanian dan makanan kepada pelabur dalam sektor ini.

 

Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan orang awam (penyelidik, jabatan/agensi dan individu) dan pihak swasta (usahawan dan syarikat) untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan serta membantu orang awam dan pihak swasta memahami dengan lebih dekat peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawahnya. Antara maklumat yang disediakan termasuklah:

  • Khidmat nasihat
  • Khidmat kepakaran
  • Galakan yang disediakan oleh Kerajaan
  • Pinjaman
  • Latihan
  • Peraturan dan perundangan yang perlu dipatuhi
  • Akreditasi dan piawaian
  • Business match making
  • Perkhidmatan perundingan
 

Rujukan BDC antaranya ialah maklumat-maklumat yang diperoleh daripada perpustakaan, bahan-bahan terbitan, video-video dan kepakaran-kepakaran daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi. Perkhidmatan BDC ini boleh dicapai melalui telefon, surat, email dan juga faks selain daripada mengunjungi ke Pusat BDC ini secara langsung. Pusat ini diharapkan dapat membantu dalam penyebaran maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Jabatan dan Agensi di bawahnya terus kepada golongan sasar di suatu tempat terutamanya kepada organisasi yang terlibat terus dalam industri pengeluaran bahan-bahan berasaskan pertanian dan makanan.

Objektif

  1. Menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di semua peringkat di rantaian bekalan (supply chain) bagi semua subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan makanan diproses.
  2. Menarik minat dan meyakinkan pelaburan sedia ada dan pelabur supaya melabur dalam sektor pertanian terutamanya subsektor makanan.
  3. Menjadi pusat rujukan bagi proses perancangan dan pelaksanaan pelaburan sektor pertanian.
 

Peranan

  1. Agri-BDC menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di semua peringkat di rantaian bekalan (supply chain) bagi semua subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan makanan diproses. Agri-BDC juga menjadi pusat rujukan bagi proses perancangan dan pelaksanaan pelaburan sektor pertanian.
  2. Agri-BDC juga berfungsi untuk menarik minat dan meyakinkan pelaburan sedia ada dan pelabur supaya melabur dalam sektor pertanian terutamanya subsektor makanan.
  3. Selain daripada itu, Agri-BDC turut menjadi komponen penting dalam mempromosikan sektor pertanian dan industri asas tani dengan menyertai pameran-pameran dan ekspo-ekspo di dalam dan luar negara.

Menawarkan maklumat, bantuan teknikal dan perundingan perniagaan. Maklumat mengenai aspek perniagaan pertanian dan makanan boleh diperolehi daripada laman web atau dalam bentuk buku, video dan cakera padat.

 

Antara topik-topik yang disediakan:

  • Pasaran dan perniagaan
  • Potensi Perniagaan
  • Insentif dan dana
  • Pengurusan Ladang
  • Sumber tanah dan air
  • Pemprosesan makanan
  • Teknologi dan R&D
  • Kualiti dan keselamatan makanan
  • Undang-undang dan peraturan
  • Logistik dan Infrastruktur pasaran
 

Bantuan teknikal untuk hal-hal berkaitan pengeluaran pertanian makanan dan pemprosesan makanan boleh diperolehi daripada pegawa-pegawai kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian melalui telefon, faks, e-mel atau laman web.

 

Peluang-peluang Pelaburan

  • Pengeluaran Utama
  • Projek-projek Integrasi
  • Pemprosesan makanan
  • Projek perkilangan berskala kecil
  • Projek-projek di lokasi yang dipromosikan
  • Projek berteknologi tinggi
  • Syarikat-syarikat yang menyediakan kemudahan rangkaian sejuk beku dan perkhidmatan untuk produk pemprosesan makanan
  • Projek penyelidikan dan pembangunan
  • Kontrak penyelidikan
  • Projek latihan
  • Promosi eksport
  • Promosi jenama Malaysia
  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
 

Insentif Pelaburan

  • Taraf perintis (PS)
  • Elaun Cukai Pelaburan (ITA)
  • Insentif untuk Projek Pengeluaran Makanan Baru
  • Insentif untuk Syarikat Yang Melabur Semula dalam Projek Pengeluaran Makanan Sedia Ada
  • Elaun Pelaburan Semula
  • Insentif untuk Memodenkan Sistem Penternakan Ayam dan Itik
  • Elaun Modal Dipercepatkan
  • Elaun Pertanian (Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan)
  • Elaun Bangunan Undustri
  • Elaun Infrastruktur
  • Elaun 100% atas Perbelanjaan Modal bagi projek Pertanian yang Diluluskan
  • Insentif untuk Projek Berteknologi Tinggi
  • Insentif untuk Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Insentif untuk Syarikat Berskala Kecil dan Sederhana
  • Insentif untuk Syarikat yang menyediakan kemudahan Rangkaian Sejuk Beku dan Perkhidmatan untuk Produk Makanan
  • Insentif untuk pengeluaran Makanan Halal
  • Potongan Dua Kali untuk Perbelanjaan Bagi Mendapatkan Sijil Halal dan Kualiti serta Akreditasi
  • Insentif untuk Eksport
  • Insentif untuk Latihan
  • Insentif berkaitan dengan Tarif
Sedang dikemaskini.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon