Mengenai Agro-Xplorasi

Program TV ini merupakan antara usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dalam mengetengahkan kisah para usahawan tani yang telah menempa kejayaan di dalam bidang pertanian yang mereka ceburi.  Program TV sebanyak 10 buah episod ini akan membawa para penonton menjelajah ke seluruh negara dan bertemu sendiri dengan para usahawan tani tersebut.

Melalui program ini, ketiga-tiga hos iaitu Naz, Anna dan Danny akan bertemu dengan para usahawan tani tersebut untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta ilmu dan mencungkil rahsia kejayaan mereka.

Selain itu, para penonton juga akan didedahkan dengan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani beserta Jabatan dan Agensinya dalam menyokong dan melahirkan para usahawan tani tersebut. 

Kisah-kisah kejayaan yang dipaparkan ini diharapkan akan membuka mata dan minda serta menjadi pencetus minat golongan muda terutamanya, untuk menjadikan pertanian sebagai suatu bidang pilihan selaras dengan slogan bahawa sesungguhnya "Pertanian Adalah Perniagaan".