Agropreneur Muda Agropreneur Muda

Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

 

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :

  1. Tanaman
  2. Ternakan
  3. Perikanan
  4. Industri Asas Tani
  5. Agropelancongan 
  6. Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri

 

Kategori Program

1. Projek Permulaan

  • Belum memulakan projek
  • Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA
 

2. Projek Pengembangan

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  3. Tidak mengira latar belakang pendidikan
  4. Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan
  5. Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.

Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.

Bahagian 1 - Pengenalan

 

Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-

  1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.
     
  2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak yang lebih besar.

    * HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN.
     
  3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut :
    • Agrobank - RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
    • TEKUN Nasional - sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
     

    * HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN.

Permohonan

Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :-

  1. Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap
  3. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau
  4. Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan).
 
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon