Bahagian Akaun Bahagian Akaun

Visi

Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakuanan dan kewangan sektor awam.
 
Misi

  • Melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik.
  • Memberi khidmat nasihat perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
  • Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
  • Mempertingkatkan akauntibiliti melalui penyediaan perkhidmatan perakaunan dan pengeluaran maklumat perakaunan yang cemerlang, cepat dan tepat.

Objektif

  • Mempertingkatkan akauntibiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Memberikan perkhidmatan perakaunan berkualiti, perundingan dan khidmat nasihat yang memuaskan hati pelanggan.
  • Menyediakan data-data serta maklumat perakaunan yang tepat dan cepat untuk penyediaan Akaun Awam yang berkualiti, mengikut undang-undang dan keperluan profesional.
  • Menguatkuasakan hal-hal perakaunan dan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang relevan.
  • Membantu kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.

Fungsi

  • Sebagai Pejabat Perakaunan kepada Urusetia Kementerian, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Perikanan dan MAQIS.
  • Sebagai pusat maklumat dan pusat khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada pengurusan atasan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • Sebagai pelaksana dan pemantau pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan iaitu i.Gfmas.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses bayaran dalam tempoh berikut bagi baucar yang lengkap di terima daripada Jabatan/PTJ :
    • 4 hari bagi baucar bayaran eletronik.
  2. Memproses bayaran gaji bulanan anggota Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan dan tidak lewat daripada 25 hari bulan.
  3. Mengakaunkan terimaan dan pengeluaran resit rasmi dalam tempoh berikut :
    • 3 hari dari tarikh penyata pemungut diterima secara elektronik
    • 5 hari dari tarikh penyata pemungut diterima secara manual
  4. Menyediakan laporan perakaunan secara bulanan tidak lewat daripada 10 hari bulan berikutnya.
  5. Menyediakan laporan akaun terimaan dan laporan naziran bayaran selesai di dalam tempoh 14 hari selepas akaun terimaan dan naziran bayaran selesai dijalankan.
  6. Memberikan khidmat nasihat perakaunan kepada Jabatan/PTJ dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.
  7. Menyediakan jawapan kepada pertanyaan Audit Negara dalam tempoh 1 bulan dari tarikh surat diterima.
  8. Menyediakan Penyata Lengkap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk di hantar kepada JANM dan Audit Negara mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JANM.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon