Bahagian Kejuruteraan dan Saliran Bahagian Kejuruteraan dan Saliran

Projek yang dilaksanakan oleh Bahagian Kejuruteraan dan Saliran memberi tumpuan ke arah penyediaan infrastruktur kepada projek-projek pertanian.  Penyelenggaraan infrastruktur adalah merangkumi kerja-kerja menaiktaraf dan pengubahsuaian infrastruktur di samping menyelenggara infrastruktur sedia ada. Pembinaan asas jalan ladang dan perparitan baru bagi tujuan menjalankan projek-projek tanaman juga dipertingkatkan. Kemudahan infrastruktur akan dibangunkan secara bersepadu dengan aktiviti pertanian. 

 

Bahagian ini berperanan untuk :

  • Menyedia jaringan pengangkutan yang lebih sempurna dengan membina asas dan menaiktaraf jalan ladang.
  • Mengurangkan masalah banjir dengan menjalankan penyelenggaraan ke atas sistem saliran sedia ada pada setiap tahun.
  • Memastikan semua infrastruktur sedia ada berada dalam keadaan optimum dengan menjalankan penyelenggaraan secara berkala.
  •  Meningkatkan daya maju projek pertanian dengan membina infrastruktur yang bersesuaian dengan keperluan dan teknologi semasa.

 


Sebelum Pembinaan Jalan Ladang Kpg Mang FASA III

Selepas Pembinaan Jambatan dan Jalan Ladang Kpg Mang FASA III

Gambar-Gambar Semasa Perlaksanaan
Kerja-Kerja di Tapak (Projek Kawasan Beliong)
(Tahun 2010)

Lawatan Pemantauan kerja-kerja di tapak projek oleh Pengarah Kawasan, Jurutera Projek dan Jurutera Awam

Kerja-kerja hamparan geotextile dan meratakan pasir pada asas jalan ladang

(Sebelum)

(Selepas)

 

Kerja-kerja membaikpulih ban keliling yang terhakis di kawasan Tambey 7 serta kerja-kerja berkaitan untuk IADA Samarahan, Sarawak

(Tahun 2010)

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon