Bahagian Kewangan Bahagian Kewangan

Visi

Menjadi sebuah Bahagian Kewangan yang unggul, berintegriti, berwibawa dan mempunyai akauntabiliti dalam memberi perkhidmatan pengurusan kewangan.

 

Misi

Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan kehendak pihak berkepentingan dan 'stakeholders' melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkesan.

 

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan kehendak pihak 'stakeholders'.
  • Memberi perkhidmatan pengurusan perolehan dan aset yang cekap dan menguntungkan kerajaan mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
  • Menyedia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar mencapai penggunaan optima yang berkesan.
  • Meningkatkan kompetensi dan kecekapan kakitangan Kementerian dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan.
 
  1. Mengurus terimaan & pembayaran bil-bil dan bayaran gaji bagi Ibu Pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia (MOA).
  2. Menimbang & meluluskan permohonan pinjaman/ pembiayaan kenderaan, pembiayaan komputer, pendahuluan diri, elaun pakaian panas/ elaun pakaian Luar Negeri & pesanan tempatan.
  3. Memastikan Akaun Amanah di bawah MOA diselenggara mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan.
  4. Melaksanakan mekanisma kawalan kewangan & perbelanjaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Ibu Pejabat & Kementerian setiap suku tahun. Januari, April, Julai, Oktober.
  5. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat Ibu Pejabat & Kementerian setiap suku tahun Januari, April, Julai, Oktober.
  6. Mengemukakan laporan JPKA setiap suku tahun ke Perbendaharaan Januari, April, Julai, Oktober.
  7. Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan pertanyaan Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara termasuk pertanyaan Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam.
  8. Mengurus urusan perolehan Ibu Pejabat Kementerian dan menjadi urus setia Lembaga Perolehan MOA (LP MOA).
  9. Urus setia Pengurusan Aset (UPA) Kementerian.
  10. Menyedia dan menguruskan Anggaran Belanjawan Tahunan Kementerian.
  11. Melaksanakan kawalan perbelanjaan peruntukan Kementerian.
  12. Menyelaras pembentangan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Badan-Badan Berkanun di bawah MOA ke Mesyuarat Jemaah Menteri & Persidangan Parlimen.
  13. Mengurus laporan penyesuaian peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.
 
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon