Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

Visi

Penentu piawaian bagi kecemerlangan dalam latihan kemahiran pertanian

 

Misi

Menggubal dasar, mengawal kualiti dan memperkukuhkan latihan kemahiran pertanian yang komprehensif bagi memenuhi keperluan bidang pertanian negara

 

Objektif

  • Melahirkan usahawan tani yang berdaya saing, moden dan kreatif.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir sektor pertanian meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyelia dan pengurusan.

Fungsi

  • Berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam hal ehwal latihan kemahiran pertanian.
  • Menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyemak kesesuaiannya dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan pakej latihan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dalam bidang pertanian.
  • Menilai keberkesanan dan membuat penambahbaikan sistem latihan dari semasa ke semasa.
  • Menyelaras pelaksanaan kursus dan latihan jangka pendek (upskilling) untuk golongan sasar dan pegawai pertanian.

Piagam Pelanggan

  1. Mengeluarkan surat tawaran permohonan kemasukan baru dan naik tahap pelatih Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.
  2. Memproses rayuan permohonan kemasukan baru dan naik tahap pelatih Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh semakan keputusan kemasukan.
  3. Memberi maklumbalas permohonan bekas pelatih untuk program Usahawan Bimbingan Tani (UBT) dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan.
  4. Memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai yang diterima melalui emel rasmi BLKP dalam tempoh 5 hari bekerja.

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2002 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Julai 2002 yang bersetuju bagi pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) dalam usaha untuk mewujudkan tenaga kerja mahir pertanian yang mencukupi.

Melalui penstrukturan semula Kementerian ini pada Februari 2017, NATC telah berubah nama kepada Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP). Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

BLKP telah dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body-ILB) bagi bidang pertanian dan industri asas tani. BLKP berfungsi sebagai badan yang membangun, merancang, menyelaras dan menilai latihan kemahiran bidang pertanian.

Sehingga kini, terdapat 14 buah Pusat Latihan yang masih aktif menjalankan program latihan jangka panjang iaitu Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Veterinar dan Sijil Perikanan di seluruh Malaysia.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon