Bahagian Pengurusan Maklumat Bahagian Pengurusan Maklumat

Visi

Menjadi Bahagian terunggul dalam memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi di Kementerian.

 

Misi

Memberikan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang progresif, berkesan dan berkualiti.

 

Objektif

Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Kementerian dengan memberi perkhidmatan pemprosesan data, mengkomputerkan proses kerja, menggalak dan menyokong penggunaan teknologi komputer, latihan penggunaan perisian dan memberi khidmat nasihat pengkomputeran.

Fungsi

  • Merancang dan merangka dasar ICT Kementerian.
  • Menganalisis, mereka bentuk, membangun atau memantau, menguji dan menyelenggara sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman atau ‘out source'.
  • Mengurus dan mengendalikan kemasukan data.
  • Menyedia, mengendali dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk Kementerian.
  • Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan ICT.
  • Membudayakan penggunaan ICT di Kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat ICT kepada Kementerian.
  • Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian.
  • Merancang dan mengurus hal-hal pentadbiran dan belanjawan Bahagian.

Pembangunan Sistem

  1. Menyediakan Laporan Kajian Kemungkinan Perancangan Teknologi Maklumat untuk Bahagian-Bahagian Kementerian dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  2. Memastikan aplikasi baru dibangunkan dari tarikh Laporan Kajian Kemungkinan Perancangan Teknologi Maklumat dipersetujui mengikut tempoh berikut :
    • Aplikasi skop kecil tidak melebihi tiga (3) bulan;
    • Aplikasi skop sederhana tidak melebihi enam (6) bulan;
    • Aplikasi skop besar tidak melebihi satu (1) tahun.
  3. Mengadakan latihan bagi setiap aplikasi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh penyerahan sistem.
  4. Memastikan penyelenggaraan / penambahbaikan aplikasi dilakukan dari tarikh permohonan diterima mengikut tempoh berikut :
    • Skop kecil tidak melebihi tiga (3) hari;
    • Skop sederhana tidak melebihi satu (1) minggu;
    • Skop besar tidak melebihi dua (2) minggu.

 

Perkhidmatan Sokongan Teknikal dan Khidmat Nasihat

  1. Memberi respons atau hadir dalam tempoh tidak melebihi dua (2) jam daripada masa aduan diterima.
  2. Mengambil tindakan untuk mengatasi masalah peralatan ICT dan komunikasi seperti berikut :
    • Tidak memerlukan alat ganti : tidak melebihi lima (5) hari;
    • Memerlukan alat ganti : tidak melebihi dua (dua) minggu.
  3. Memastikan tempoh downtime rangkaian dalaman (local area network) tidak melebihi 36 jam.
  4. Mewujudkan e-mel untuk pengguna tidak melebihi satu (1) hari dari tarikh permohonan diterima.

 

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

  1. Memastikan mesyuarat dilakukan sebanyak enam (6) kali setahun.
  2. Memastikan permohonan diterima oleh Urusetia dalam masa dua (2) minggu sebelum tarikh mesyuarat.
  3. Memastikan pindaan kertas kerja dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh mesyuarat.
  4. Memastikan surat kelulusan dikeluarkan dalam tempoh :
    • Dua (2) minggu dari tarikh kertas kerja lengkap diterima bagi kelulusan di peringkat Ketua Jabatan atau Urusetia;
    • Dua (2) minggu dari tarikh kertas kerja lengkap diterima selepas diluluskan dalam Mesyuarat JPICT bagi kelulusan di peringkat JPICT.
  5. Bagi kelulusan di peringkat JTICT MAMPU, permohonan kelulusan akan dikemukakan melalui sistem PAMS dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kertas kerja lengkap diterima selepas diluluskan dalam Mesyuarat JPICT.
  6. Memastikan Project Implementation Report (PIR) dikemukakan kepada JPICT setiap enam (6) bulan.

 

Pengurusan Aset ICT

  1. Memastikan aset ICT didaftar dalam masa lima (5) hari dari tarikh terima.
  2. Memastikan aset ICT dipulangkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari dari tarikh selesai digunakan.
  3. Memastikan pengagihan aset ICT dilakukan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan diluluskan tertakluk pada stok sedia ada.
  4. Memastikan pemeriksaan aset dilakukan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
  5. Memastikan pelupusan aset dilakukan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pegawai pengawal diterima.

 

Pengurusan Perolehan dan Kewangan

  1. Memastikan proses perolehan bekalan / perkhidmatan / sistem diselesaikan dalam tempoh seperti berikut :
    • Perolehan secara pembelian terus tidak melebihi satu (1) bulan;
    • Perolehan secara sebut harga tidak melebihi tiga (3) bulan;
    • Perolehan secara tender tidak melebihi enam (6) bulan;
  2. Menyediakan pesanan kerajaan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) hari selepas dokumen lengkap diterima dan respons pembekal melalui sistem ePerolehan.
  3. Memastikan pembayaran baucar diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu selepas dokumen lengkap diterima oleh Bahagian Pengurusan Maklumat.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon