Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Visi

Menjadi Pengurus Sumber Manusia Yang Kompeten, Cekap Dan Berkesan Ke Arah Merealisasikan Visi Kementerian.

 

Misi

Merancang Pembangunan Organisasi Dan Mengurus Sumber Manusia Dengan Cekap dan Berkesan Bagi Melahirkan Warga Kementerian Yang Berpengetahuan, Berkemahiran, Berintegriti, Profesional Dan Kompeten.

 

Objektif

  • Memastikan perancangan dan pembangunan organisasi yang mantap dan efektif.
  • Memastikan pengurusan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan berkesan.
  • Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui program latihan berkualiti.
  • Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.
Seksyen Perancangan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi (Organisasi)

Merancang dan mengurus pembangunan organisasi meliputi.
  • Penyusunan semula struktur.
  • Kajian semula keberkesanan struktur yang diluluskan.
  • Pewujudan struktur baru dan pembubaran organisasi.
  • Pewujudan dan pemansuhan jawatan.
  • Penggredan jawatan dan
  • Penyediaan Anggaran Bajet Perjawatan;
  • Melaksanakan naziran perjawatan/sumber manusia.
  • Memohon kelulusan pengisian.
  • Mengkaji dasar dan peraturan sumber manusia.
  • Mengkaji kesesuaian skim perkhidmatan bukan gunasama
 

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (Perkhidmatan)

Mengurus, menyelaras dan melaksanakan urusan perkhidmatan meliputi.

  • Pengambilan sumber manusia.
  • Pengisian/penempatan.
  • Pengesahan lantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Kemasukan dalam perjawatan berpencen.
  • Pelantikan secara sementara, kontrak, sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat.
  • Pelantikan secara pinjaman/pertukaran sementara.
  • Pembayaran emolumen dan lain-lain elaun.
  • Urusan cuti.
  • Urusan pinjaman.
  • Pelantikan Ketua Jabatan/Agensi.
  • Naziran perkhidmatan.
  • Sistem Maklumat Personel.
  • Urusan Persaraan. Dan
  • Keperluan Bajet Perkhidmatan.
 

Seksyen Pengurusan Prestasi dan Kompetensi


Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/aktiviti meliputi urusan:
  • Kenaikan Pangkat/Pemangkua
  • Penilaian Tahap Kecekapan
  • Peperiksaan Subjek Jabatan
  • Sasaran Kerja Tahunan Kementerian
  • Majlis Bersama Jabatan/Kebangsaan
  • Jawatan Keutuhan Pengurusan
  • Tatatertib
 

Seksyen Pembangunan Sumber Manusia (Latihan)

  • Merancang dan menyediakan dasar dan peraturan latihan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan meliputi.
    1. Latihan Berjadual;
    2. Latihan Di Luar Jadual (Ad-Hoc/Tambahan).
    3. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Gred 54
  • Meluluskan permohonan latihan dalam/luar negara.
  • Menyediakan keperluan bajet latihan.
 

Unit Pentadbiran

  • Menguruskan hal-hal pentadbiran dan Anggaran Belanjawan Mengurus Cawangan.

Piagam Pelanggan

  1. Penyusunan semula struktur organisasi atau kajian perjawatan
    • Mengkaji cadangan penyusunan semula struktur organisasi atau kajian perjawatan dan mengemukakan  ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  2. Urusan pengambilan Kumpulan Sokongan II
    • Menguruskan pengambilan pegawai Kumpulan Sokongan II dalam tempoh 3 bulan.
  3. Perakuan pelantikan secara kontrak, pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran tetap
    • Menguruskan perakuan pelantikan secara kontrak, pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran  tetap dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  4. Penempatan pegawai
    • Mengeluarkan arahan penempatan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh calon melapor diri.
  5. Urusan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen bagi pegawai Kementerian
    • Menyediakan dokumen pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen bagi anggota Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diproses dan diperakukan kepada Pihak Berkuasa Melantik dalam tempoh 1 bulan  dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  6. Permohonan semua jenis cuti kecuali cuti rehat
    • Permohonan semua jenis cuti kecuali cuti rehat, diproses dan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh 10 hari dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  7. Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Perkhidmatan Bukan Gunasama dikemukakan kepada JPA
    • Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Perkhidmatan Bukan Gunasama dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  8. Urusan penanggungan kerja
    • Mengeluarkan keputusan penanggungan kerja dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  9. Peperiksaan PTK, Peperiksaan Perkhidmatan dan KPSL

  10. Urusan pergerakan gaji dan anjakan gaji (PPSM)

  11. Kursus Latihan Dalam dan Luar Negara

  12. Kes-kes tatatertib di bawah bidang kuasa Kementerian

  13. Pengisytiharan Harta

  14. Urusan tuntutan bayaran

  15. Aduan awam berkenaan pengurusan sumber manusia dan penyediaan maklum balas

  16. Perkhidmatan Psikologi dan kaunseling

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon