Dari Kapal Ke Pengguna Dari Kapal Ke Pengguna

"Dari Kapal Ke Pengguna": Mesyuarat dengan Pengimport di Perth.

 

Pejabat Pertanian Sydney melawat ke Perth, Australia Barat pada 2-4 April 2011 untuk menemui pengimport dan pengedar produk Malaysia tempatan. Mesyuarat itu amat berjaya dan memberi manfaat kepada pejabat ini dengan cara:

  1. Memperluaskan rangkaian dengan pengimport produk Malaysia yang berpotensi di Perth yang mempunyai bilangan pengguna Malaysia dan Asia yang tinggi;
  2. Bertukar-tukar maklumat dari segi produk Malaysia berasaskan pertanian serta produk permintaan tinggi di Perth;
  3. Mengedarkan sampel produk dari FAMA, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan Makers Sdn Bhd;
  4. Mengenal pasti isu-isu dan masalah dengan produk Malaysia untuk meningkatkan pematuhan piawaian serta menarik pengguna tempatan;
  5. Mengenal pasti pihak yang berminat melibatkan diri dalam percubaan eksport yang pertama dan ujian pengguna nanas yang diproses secara minimum dari Malaysia ke Perth pada bulan Jun / Julai 2010.
 

Aktiviti promosi seperti ini penting untuk Pejabat Pertanian Sydney meningkatkan penglibatan di peringkat perniagaan dalam usaha memahami pasaran dengan lebih baik. Pejabat Pertanian Sydney akan menjalankan aktiviti yang sama di negeri-negeri lain di Australia dan New Zealand.

 

Kaunselor Pertanian Sydney, Encik Rudy Khairudin bermesyuarat dengan Encik Patrick Tan dari Kong's Trading, pengimport terbesar di Perth.

 

Penyimpanan konsainan.

 

Salah satu Pasaraya Asia yang popular yang menjual produk Malaysia.

 

Produk di rak sedia untuk digunakan.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon