Program Agropreneur Muda Program Agropreneur Muda

Pengenalan

Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

 

Objektif Program

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 - 2020).

 

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Pemasaran
  6. Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  7. Agropelancongan

Jenis Bantuan

Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu :

1.

 

Geran Agropreneur Muda (GAM)

   

Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangka masa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.

Sektor Tanaman – RM20,000.00

2.

 

Pembiayaan

   

Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:

  • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
  • TEKUN Nasional –  Sehingga  RM 50,000 bagi setiap projek
3.   Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan
    oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MOA berkaitan dengan projek yang dijalankan.

 

Kumpulan Sasar

Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 - 40 tahun.

 

Syarat-Syarat Asas Kelayakan Pemohon

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis;
  4. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA;
  5. Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
  6. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

 

Syarat Tambahan Permohonan Geran

Bagi individu yang telah menjalan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MOA adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.

 

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran; dan
  3. Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.

 

Setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.

 

>> PAKEJ GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM)

Permohonan

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  1. Borang UAM 01/14 (pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport;
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 1);
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (pin.02/18) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  4. Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MOA; atau
  5. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

 

Kelulusan atau Penolakan

  1. Permohonan Geran berserta dokumen-dokumen yang lengkap dari Jabatan/Agensi Ibu Pejabat akan dikemukakan kepada pihak UAM, MOA untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran & Pembiayaan Program Agropreneur Muda dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Agropreneur Muda;
  2. Dokumen Tawaran Kelulusan berserta Surat Aku Janji serta Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui Jabatan/Agensi;
  3. Bagi permohonan pembiayaan, dokumen-dokumen yang lengkap daripada TEKUN/Agrobank Peringkat Cawangan akan dikemukakan kepada pihak TEKUN/Agrobank Peringkat Ibu Pejabat untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Agensi Pembiaya;
  4. Hanya peserta yang lulus sahaja akan dihubungi dan diberi Surat Kelulusan melalui Jabatan/Agensi pembimbing yang berkaitan.

 

Pelaksanaan Geran & Pembiayaan

  1. Bagi Pakej Geran, Surat Aku Janji – Borang UAM 2/18 dan Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan – Borang UAM 06/17 (pin. 1/18) hendaklah dikembalikan dalam tempoh sah laku berserta tiga (3) sebutharga yang lengkap (SSM/MOF) yang disahkan oleh Jabatan/Agensi Daerah/Negeri. Bagi syarikat yang mengenakan cukai, Surat Pendaftaran SST perlu dilampirkan bersama dan disahkan oleh jabatan/agensi.
  2. Setelah permohonan diluluskan, Jabatan/Agensi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada pemohon Geran yang akan diselaraskan oleh Jabatan/Agensi Ibu Pejabat masing-masing.
  3. Manakala untuk perolehan Geran, peruntukan akan disalurkan kepada pembekal secara terus berkaitan projek yang diluluskan melalui agensi pembayar iaitu Agrobank.
  4. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat Negeri mengikut jadual berkala sedia ada yang telah diatur oleh Jabatan/Agensi di sepanjang tahun.
  5. Bagi Pakej Pembiayaan untuk pengembangan projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan daripada TEKUN/Agrobank mengikut prosedur yang ditetapkan seperti berikut :
  • Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan perlulah disokong berdasarkan dokumen yang sah;
  • Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan disalurkan ke akaun pelanggan bagi pembiayaan di bawah TEKUN. Manakala bagi pembiayaan di bawah Agrobank, bayaran bagi pembekalan akan disalurkan ke akaun pembekal;
  • Pembiayaan Semula (TEKUN) atau Pembiayaan Tambahan (AGROBANK) adalah dibenarkan untuk kali kedua hanya kepada satu projek yang sama dengan syarat bayaran pembiayaan terdahulu mempunyai rekod bayaran yang baik bagi tempoh dua belas (12) bulan;
  • Tempoh penangguhan bayaran (Grace Period) bagi projek sehingga dua belas (12) bulan dari tarikh pertama pengelurana berjaya dilakukan; dan
  • Pelaksanaan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional.

 

>> CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM)

>> CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN (PEMBIAYAAN)

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon