AKRAB AKRAB

Pengenalan

 

AKRAB adalah nama khusus yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam sebagaimana yang termaktub di dalam Pekeliling Bilangan 18 Tahun 2005 : Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

 

AKRAB merupakan akronim kepada perkataan :

A : Amanah

K : Komitmen

R : Rasional

A : Akhlak

B : Bestari

 

Logo Akrab

 

Moto

Bina Diri Bimbing Rakan

 

Visi

Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia

 

Misi

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga Kementerian;
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;
  • Bertindak sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah dan;
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.

Fokus Akrab

 

Konsep Akrab

Aplikasi Akrab

 
  1. Program Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan :
    - Asas kaunseling profesional
  2. Diharapkan penyebaran luas amalan tersebut kepada semua peringkat di bahagian masing-masing dapat mewujudkan;
    - Keharmonian, keakraban, saling hormat menghormati potensi masing-masing serta mewujudkan budaya kerja yang cemerlang.
  3. PRS bergerak dan bertindak sebagai satu pasukan bagi mencapai objektif, misi, visi dan peningkatan tahap keberkesanan serta imej organisasi.

 

Rasional Penubuhan Akrab

 
  1. Pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.
  2. Lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada mereka.
  3. Pegawai boleh dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka.
 
Matlamat Akrab Etika Akrab

 

Faedah Akrab

  1. Mewujudkan pekerja yang kompeten
  2. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni
  3. Membantu mencari penyelesaian
  4. Pegawai atasan lebih empati kepada masalah kumpulan bawahan

Carta Organisasi Akrab MOA

 

Akrab Elit

Konsep AKRAB MOA Merentasi Sempadan telah dipersetujui sebagai salah satu resolusi Retreat AKRAB MOA yang telah diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2013 di Melaka. Melalui konsep tersebut, penyelaras AKRAB kementerian perlu menubuhkan kelompok pembimbing dan fasilitattor elit dikalangan AKRAB MOA yang berpotensi dan aktif mengikut zon di seluruh negara yang dinamakan AKRAB ELIT MOA. Kelompok AKRAB ini akan menjadi kelompok AKRAB yang keterhadapan membantu dan memberi perkhidmatan membimbing kepada rakan sekerja atau golongan sasar yang memerlukan di MOA.

 

SENARAI AKRAB ELIT MOA

DIREKTORI AKRAB MOA

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon