Information Management Division Information Management Division

Visi

Menjadi Bahagian terunggul dalam memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi di Kementerian.

 

Misi

Memberikan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang progresif, berkesan dan berkualiti.

 

Objektif

Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Kementerian dengan memberi perkhidmatan pemprosesan data, mengkomputerkan proses kerja, menggalak dan menyokong penggunaan teknologi komputer, latihan penggunaan perisian dan memberi khidmat nasihat pengkomputeran.

Fungsi

  • Merancang dan merangka dasar ICT Kementerian.
  • Menganalisis, mereka bentuk, membangun atau memantau, menguji dan menyelenggara sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman atau ‘out source'.
  • Mengurus dan mengendalikan kemasukan data.
  • Menyedia, mengendali dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk Kementerian.
  • Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan ICT.
  • Membudayakan penggunaan ICT di Kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat ICT kepada Kementerian.
  • Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian.
  • Merancang dan mengurus hal-hal pentadbiran dan belanjawan Bahagian.

Pengurusan Pelaksanaan Sistem Aplikasi

Memastikan aplikasi kritikal berada di tahap ketersediaan sekurang-kurangnya 95%.

 

Perkhidmatan Sokongan Teknikal dan Khidmat Nasihat

  1. Memberi respon dalam tempoh dua (2) jam dari masa aduan diterima.
  2. Memastikan tindakan untuk mengatasi aduan permasalahan ICT :
    • Tujuh (7) hari bekerja bagi kategori tanpa alat ganti; dan
    • Tindakan penyelesaian 30 hari bekerja bagi kategori dengan alat ganti.
  3. Memastikan ketersediaan rangkaian mengikut Service Level Agreement (SLA) MAMPU pada kadar 99.5%.

 

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

Memastikan surat kelulusan dikeluarkan dalam tempoh :

  • Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh perakuan Urus Setia JPICT bagi kelulusan di peringkat Ketua Jabatan; dan
  • Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diluluskan dalam Mesyuarat JPICT bagi kelulusan di peringkat JPICT.

 

Pengurusan Aset Gunasama ICT

Memastikan pinjaman aset ICT diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum tarikh penggunaan tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan ketersediaan aset.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon