ATASE : Bangkok, Thailand ATASE : Bangkok, Thailand

Pengenalan

 

Bilik Pameran Pertanian Malaysia merupakan sebuah pusat khidmat sehenti, yang mempamerkan produk makanan pertanian Malaysia di Thailand. Bilik pameran ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Konsul Visa, Kedutaan Malaysia di Bangkok, berhadapan dengan kompleks utama Kedutaan tersebut. Bilik pameran ini telah memulakan operasi pada bulan Mac 2008, direka khas untuk mempamerkan produk pertanian Malaysia serta menjadi sebuah tempat mesyuarat perniagaan. Bilik pameran ini secara jelasnya menjadi salah satu elemen penting dalam mempromosikan produk pertanian Malaysia ke luar negara.

 

 

Objektif

  • Menjadi sebuah pusat khidmat sehenti bagi mempamerkan produk pertanian Malaysia serta menawarkan maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan;
  • Menerokai saluran pemasaran untuk produk pertanian Malaysia;
  • Memberi maklumat kepada pelabur yang berpotensi di Thailand setelah mendapat peluang pelaburan dalam sektor pertanian di Malaysia;
  • Menawarkan padanan perniagaan dan perkhidmatan bantuan;
  • Menyediakan dokumen, brosur, risalah serta maklumat terkini lain mengenai sektor pertanian Malaysia.
 


Padanan Perniagaan
 

Produk

Produk, daripada kerepek dan snek (seperti produk AgroMas dan Ole daripada FAMA, MPIB and MADA) kepada produk makanan daripada sektor swasta, telah pun diperagakan di bilik pameran tersebut. Walaupun Thailand adalah salah satu pengeluar produk pertanian dan asas tani terkemuka, negara tersebut masih mempunyai pasaran khusus untuk bahan pertanian Malaysia, terutamanya produk herba tradisional dan perubatan, seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Misai Kuching.



Guaranna Cappuccino telah berjaya memasuki pasaran Thai


Produk FAMA

Pengunjung

Sejak penubuhannya, bilik pameran ini telah dikunjungi ramai pengunjung Thai. Kami telah mendapat sambutan yang hebat di mana pejabat tersebut telah menerima beberapa pertanyaan yang menunjukkan minat mereka terhadap produk itu. Pihak sektor swasta/pengeluar makanan pertanian Malaysia yang berminat dialu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran kami dan untuk memberikan produk contoh untuk tujuan promosi dan dipamerkan di bilik pameran tersebut.




Dikunjungi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian and Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim bersama pegawai-pegawai MOA pada 6 Februari, 2009


Dikunjungi oleh Yang BerhormatTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B Datuk Johari Baharum bersama pegawai-pegawai MOA dan ahli perniagaan Malaysia pada 18 Ogos, 2009

 


Dilaporkan oleh:
Pejabat Kaunselor Pertanian
Bangkok, Thailand.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon