IADA IADA

PENGENALAN

Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967. Sejak tahun itu, konsep pembangunan seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) hampir keseluruh negara.

Struktur organisasi dan pengurusan yang diamalkan oleh IADA dibahagi kepada dua bentuk, iaitu secara "korporat" atau "lembaga" seperti diamalkan oleh MADA dan KADA serta model pengurusan secara penyelarasan bagi IADA-IADA lain. Pasa asasnya, pendekatan pembangunan pertanian bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (dan juga kiranya diperlukan agensi-agensi kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan insfrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.

 

OBJEKTIF

Setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau bagaimana pun secara amnya objektif IADA adalah untuk :-

  • Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan
  • Memodenkan sektor pertanian supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dam mampu bersaing dengan pasaran dalam dan luar negeri
  • Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan
  • Meningkat purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim menjelang tahun 2010

SKOP DAN FUNGSI IADA

 

Skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan insfrastruktur pertanian dan pembangunan sub- sektor tanaman, perikanan, dan ternakan secara "in situ".  

 

Fungsi utama IADA ialah:

  • Meningkatkan insfrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu
  • Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian.
  • Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan
  • Mengukuhkan perkhidmatan Agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang
 

 

Mulai Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) dan dengan matlamat mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang terhad, skop pelaksanaan IADA telah difokuskan kepada pembangunan kawasan jelapang padi negara. IADA-IADA bukan jelapang padi, kecuali IADA Samarahan dan IADA Kalaka Saribas di Sarawak telah ditutup dan hanya IADA-IADA Barat Laut Selangor, Seberang Perak, Kerian Sg. Manik, Kemasin Semerak, Pulau Pinang dan KETARA yang melibatkan kawasan jelapang padi diteruskan pelaksanaannya.  

 

Kawasan Operasi

Saiz keseluruhan kawasan operasi IADA jelapang padi berjumlah 923,565 hektar yang mana 482,580 hektar atau 52 peratus daripadanya merupakan kawasan pertanian dan bakinya seluas 440,985 hektar kawasan bukan pertanian (Jadual 1). Kira-kira 42 peratus daripada kawasan pertanian kira-kira seluas 204,374 hektar adalah kawasan padi yang hampir semuanya diusahakan dua kali setahun.

 


Jelapang
Luas Kawasan (ha)
Padi Projek Pertanian
MADA 126,155 109,501 96,558
KADA 82,900 64,555 31,464
Kerian Sg. Manik 66,282 30,560 27,825
Barat Laut Selangor 199,199 82,044 18,590
Pulau Pinang 104,636 67,095 10,138
Seberang Perak 17,307 16,437 8,529
Ketara 258,736 65,828 5,110
Kemasin Semerak 68,350 46,560 6,160
Jumlah 923,565 482,580 204,374

 

Jadual 1 : Saiz Fizikal IADA

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon