IADA Barat Laut Selangor IADA Barat Laut Selangor

Objektif

 

Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa objektif telah digariskan termasuklah meneruskan program yang terkandung di dalam RMK-8 dengan beberapa panambahbaikan.
Ini termasuklah :

  1. Pembangunan Industri Padi
    Di bawah program sedia ada, beberapa program seperti meratakan sawah, kawalan perosak, rumpai dan padi angin, promosi teknologi padi, meningkatkan teknologi perladangan, dan meningkatkan perkhidmatan pengembangan diteruskan.

  2. Peningkatan Infrastruktur
    Di dalam RMK-9, kerja-kerja peningkatan infrastruktur akan menumpukan kepada menaiktaraf, menambah, dan menyediakan kemudahan infrastruktur meliputi jalan lading, jambatan, pembentungan, projek kolam taking, dan pintu kawalan air.
 

Perancangan dan Strategi

 

Fokus utama PBLS juga memberikan tumpuan kepada projek yang memberikan impak kepada petani dan seterusnya kepada industri pengeluaran padi dan beras.

  1. Penyumbang Kepada SSL
    Peningkatan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi serta beras Negara bagi meningkatkan SSL dari 70% ke86% mejelang 2010 dengan mensasarkan pengeluaran padi pada 137,258 metrik tan semusim atau 274,515 metrik tan setahun.

  2. Memupuk Sikap Petani
    Pembentukan masyarakat pesawah terutama sekali dari golongan muda yang berdikari, progresif, dan berorientasikan komersial untuk menggalakkan penggunaan teknologi dan peningkatan hasil. Disamping itu, penglibatan usahawan petani moden ditingkatkan bagi menjayakan program peningkatan hasil padi serta memberikan nilai tambah kepada bidang ini.

  3. Peneraju Teknologi dan Penggunaan Jentera Baru dalam Pengurusan Tanaman Padi Melalui pemindahan teknologi Rice Check, amalan penanaman padi IADA Barat Laut Selangor telah menjadi peneraju teknologi bagi Negara. Disamping itu, PBLS juga mencatatkan kadar penggunaan jentaera tertinggi sekali bermula dari kerja-kerja penyediaan tanah sehingga menuai. Penggunaan jentera seperti transplanter bagi tujuan penanaman padi sangat meluas di kawasan sawah.

  4. Mewujudkan Pengurusan Berpusat di Blok Pengairan Badan Pengurusan Berpusat yang diwujudkan di kalangan pesawah dan dianggotai oleh pesawah sendiri dimana semua aktiviti dapat diselesaikan dengan baik. Pengurusan ini bertindak seumpama pengurusan sebuah estet dimana aktiviti-aktiviti penyediaan tanah, menanam, membaja, meracun, dan menuai dilakukan secara serentak. Ini bermakna jadual kerja yangb telah ditetapkan diiikuti oleh pesawah dan membentuk satu piawaian menanam.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon