IADA Kemasin Semarak IADA Kemasin Semarak

Pengenalan

 

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak telah ditubuhkan pada 1982 dengan Pembiayaan pinjaman kewangan Bank Pembangunan Asia. Dikenalipasti sebagai salah satu jelapang padi, ia diwujudkam bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan 'in-situ' luar Bandar secara bersepadu melalui penyediaan infrastruktur kawalan banjir, saliran dan kemudahan pengairan bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi / produktiviti ladang, menyelamatkan harta benda dan memelihara alam sekitar. IADA Kemasin Semerak dilaksanakan dalam dua Fasa :

  • Fasa 1 : 1982 – 1991
  • Fasa 2 : 1987 – dijangka siap dalam RMK10

IADA Kemasin Semerak ini meliputi 68,350 hektar kawasan Lembah Sungai Kemasin di Jajahan Kota Bharu dan Bachok serta Lembah Sungai Semerak di Jajahan Pasir Puteh. Sehingga kini, dianggarkan 4,000 orang petani yang bergiat aktif mengusahakan sawah padi di dalam kawasan IADA Kemasin Semerak.

Objektif

  1. Menjadikan kawasan IADA Kemasin Semerak sebagai satu kawasan pertanian yang maju dengan pengeluaran yang tinggi, petani yang progresif dan persekitaran yang indah dan harmoni.
  2. Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti ke arah meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup petani dalam kawasan IADA Kemasin Semerak selaras dengan Dasar Pertanian Negara.

Perancangan dan Strategi

  1. Menggalakkan sistem kawalan banjir bagi mengurangkan kerosakan ke atas tanaman, ternakan dan harta benda.
  2. Mengadakan dan menaiktaraf sistem pengairan dan saliran serta ada bagi memenuhi keperluan pengairan di bendang.
  3. Mengadakan kemudahan dan memperkemaskan perkhidmatan pengembangan dan sokongan teknikal bagi pembangunan modal insane golongan petani dan peningkatan produktiviti sawah.
  4. Mengenalpasti program dan aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan petani padi kepada RM2,000.00 sebulan, dengan mengadakan pusat-pusat pengumpulan ladang bagi membolehkan petani-petani memasarkan hasil pengeluaran mereka dengan harta yang terjamin dan mengintegrasikan bidang usaha tanaman dengan ternakan, dan Industri Asas Tani.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon