IADA Ketara IADA Ketara

Pengenalan

 

IADA KETARA telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan salah satu daripada lapan Jelapang Padi di Malaysia. Ianya merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang melaksanakan pembangunan di kawasan Jelapang Padi Besut. IADA KETARA berperanan melaksanakan Dasar Pertanian Negara ke-3 khusus dalam membangun industri padi yang mana menggariskan pancapaian sekurang-kurangnya 90% kadar sara diri Negara dengan sasaran hasil 6.5 mtan/ha menjelang tahun 2010. Keseluruhan projek ini meliputi seluas 208,212 hektar merangkumi daerah Besut (122,831 hektar) dan daerah Setiu (85,381.70 hektar).

 

Objektif

  1. Mempentingkatkan penghasilan padi kepada 6.5 tan/hektar dalam tempoh RMK-9 ke arah mencapai SSL 90%.
  2. Mempengtingkatkan pendapatan keluarga pesawah kepada RM2,000.00 sebulan.
  3. Membimbing dan melahirkan usahawan 20 orang usahawan tani setahun dalam pelbagai bidang pertanian.
  4. Mempargiatkan aktiviti industry asas tani untuk imbangan dagangan.
  5. Menambah bilangan usahawan tani melalui pelbagai bidang pertanian.

Perancangan dan Strategi

  1. Memperkukuh dan memperkemaskan perkhidmatan pengembangan melalui pembangunan sumber manusia dalam aspek pengetahuan, kemahiran serta perubahan sikap.
  2. Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur asas ladang.
  3. Memberi tumpuan utama kepada program peningkatan hasil padi sebanyak 1 mt/ha/tahun.
  4. Menggalakkan perusahaan tanaman padi diurus secara berpusat dan berorentasikan bisnes.
  5. Menggalakkan pengwujudan lebih ramai usahawan tani yang mengusahakan tanaman padi melebihi 4 hektar seorang.
  6. Mengoptimakan penggunaan sumber-sumber yang sedia ada.
  7. Menggalakkan dan memajukan perusahaan industry asas tani sebagai pendapatan tambahan.
  8. Mewujudkan dan memperluaskan ruang-ruang pasaran khususnya bagi produk-produk industri asas tani.

Pautan ke Portal IADA Ketara

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon