IADA Samarahan IADA Samarahan

IADA SAMARAHAN

 

Wargakerja IADA Samarahan 2009

 

 

 

ALAMAT IADA SAMARAHAN

KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) SAMARAHAN,
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA,
JALAN DATUK MOHD MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN,
SARAWAK.

iadpsam1@streamyx.com

Tel. : 082-671201/204
Fax : 082-671099

Sejarah

 

 

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural Development Area – IADA) Samarahan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Limbangan Sungai Samarahan.  Ia merupakan salah satu daripada dua projek pembangunan pertanian in-situ di Sarawak yang juga melibatkan pembukaan kawasan tanah baru yang menyatu serta menyelaras kegiatan-kegiatan kejuruteraan pertanian bagi kegiatan petani-petani di kawasan projek.

Menurut cadangan asal, tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 13 tahun tetapi pada tahun 2007 telah ditukar status kepada kawasan pembangunan kekal dan oleh yang demikian nama IADP Limbangan Sg. Samarahan telah ditukarkan kepada IADA Samarahan.

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural Development Area – IADA) Samarahan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Limbangan Sungai Samarahan.  Ia merupakan salah satu daripada dua projek pembangunan pertanian in-situ di Sarawak yang juga melibatkan pembukaan kawasan tanah baru yang menyatu serta menyelaras kegiatan-kegiatan kejuruteraan pertanian bagi kegiatan petani-petani di kawasan projek.  Menurut cadangan asal, tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 13 tahun tetapi pada tahun 2007 telah ditukar status kepada kawasan pembangunan kekal dan oleh yang demikian nama IADP Limbangan Sg. Samarahan telah ditukarkan kepada IADA Samarahan.

Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pertanian Negara, IADP Limbangan Sg. Sarawak telah ditubuhkan sejak Julai 1986 dan pada peringkat awal penubuhan, Jawatankuasa Pemandu IADP Limbangan Sg. Sarawak telah di Pengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan Yang Amat Berhomat Menteri Pertanian Malaysia.  Komponen agensi-agensi pelaksana IADP Limbangan Sg. Samarahan pada ketika itu adalah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Taliair (JPT), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Jabatan Pertanian (DOA), Bank Pertanian Malaysia (BPM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA). 

Pembangunan infrastruktur seperti pembinaan struktur-struktur kawalan banjir dan mempertingkatkan sistem perparitan telah dilaksanakan di dalam kawasan projek pada peringkat awal penubuhan.  Pembangunan infrastruktur ini membolehkan kerja-kerja pemulihan  dan penanaman baru tanaman koko, kelapa dan kelapa sawit dilaksanakan.  Tumpuan diberikan kepada penanaman kelapa sawit dengan keluasan 16,000 hektar pada awal 90-an dan turut dibangunkan adalah infrastruktur yang bersesuaian khasnya di kawasan Samarahan Tengah.  Sejak RMK-8 (tahun 2002) pihak kerajaan telah mengubah dasar pembangunan in-situ untuk mengatasi imbangan dagangan makanan di mana dasar pendekatan untuk membangunkan tanaman makanan telah diperkenal dan dilaksanakan.

Keluasan kawasan IADP Limbangan Sg. Samarahan adalah 86,170 hektar yang merangkumi dua bahagian iaitu Bahagian Kuching (Daerah Kuching, Siburan dan Padawan) dan Bahagian Samarahan (Sebahagian daerah Samarahan, Asajaya dan Serian.  Manakala zon pembangunan IADA Samarahan dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon Kuala Samarahan dengan keluasan 11,311 hektar, zon Samarahan Tengah seluas 42,770 hektar dan zon Ulu Samarahan seluas 32,089 hektar.

Golongan sasar adalah seramai 13,200 orang keluarga tani (66,000 penduduk) yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Bidayuh, Iban, Cina dan lain-lain.  Sejak ditubuhkan anggaran kos projek bagi IADA Samarahan adalah RM797,269,000.00 iaitu untuk membangunkan infrastruktur asas seperti ban keliling, sistem perparitan, pintu kawalan air dan jalan-jalan ladang dengan matlamat untuk mengelak dan menghalang kemasukan air masin atau banjir ke kawasan pertanian. 

 

Piagam Pelanggan IADA Samarahan

  • Memproses bayaran dalam masa 7 hari
  • Memastikan segala laporan berkenaan dengan prestasi kewangan dan fizikal projek disediakan setiap minggu
  • Memastikan segala syor/komen/aduan awam diberi maklumbalas dalam tempoh 2 minggu selepas aduan tersebut diterima
  • Memaklumkan penerimaan permohonan projek dan sebagainya dalam tempoh 1 minggu dan jawapannya 2 minggu setelah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan.
  • Pengurusan pembayaran gaji pekerja sambilan setiap hujung bulan selewat-lewatnya 3 haribulan berikutnya
  • Memproses tuntutan elaun perjalanan dalam masa 7 hari pada bulan berikutnya
  • Memastikan maklumbalas/laporan kepada pihak kementerian disiapkan sebelum tempoh yang ditetapkan

Objektif

  1. Mempertingkatkan pengeluaran makanan negara dengan projek tanaman pengeluaran makanan seperti tanaman nanas, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman singkat masa & ternakan/ternakair.
  2. Menyedia, menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur seperti jalan ladang dan perparitan selaras dengan penumpuan projek-projek tanaman makanan.
  3. Mempertingkatkan pendapatan petani khususnya peserta projek ke tahap sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pelaksanaan projek.
  4. Mewujudkan industri hiliran pemprosesan berasaskan hasil pertanian dan program pembangunan usahawantani.
 

Visi

Menjadikan iada samarahan sebagai kawasan pengeluaran tanaman makanan terpenting di sarawak dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi petani di kawasan projek  

 

Misi

Membangunkan iada samarahan dengan projek tanaman pengeluaran makanan secara bersepadu dan menyedia serta menambahbaik infrastruktur sedia-ada  

 

Fungsi

  1. Membangun kawasan tanaman nanas, limau, mangga, buah-buahan campuran dan tanaman singkat masa mengikut pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  2. Membangun projek ternakan/ternakair dan Industri Asas Tani mengikut pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  3. Mewujudkan plot demonstrasi pelbagai jenis tanaman sebagai pusat pemindahan teknologi dan pengembangan kepada peserta-peserta projek.
  4. Memberi bantuan kos pembangunan dan operasi kepada peserta-peserta projek pertanian IADA Samarahan.
  5. Membangun, menaiktaraf dan menyelenggara infrastruktur serta jalan ladang di dalam kawasan projek pertanian IADA Samarahan.

Carta Organisasi IADA Samarahan

 

Jurnal IADA (Resepi & Produk IAT)

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon