Pementoran Pementoran

Pengenalan

 

Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan.

 

Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai role model di kalangan rakan- rakan sekerja.

 

Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan.

Pelaksanaan Pementoran

 

Pelaksanaan pementoran dalam perkhidmatan awam adalah selaras dengan kehendak Pekeliling Perkidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Melalui pekeliling ini, empat aplikasi utama telah digariskan iaitu:

 
  1. Aplikasi psikologi dalam penilaian personel
  2. Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel
  3. Aplikasi penyelidikan psikologi
  4. Aplikasi psikologi dalam intervensi
 

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam bagi menjelaskan skop, konsep dan prosedur pelaksanaan program pementoran dalam perkhidmatan awam.

 

Tujuan Program Pementoran

 

Pelaksanaan program pementoran dalam perkhidmatan awam bertujuan untuk :

  1. Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial
  2. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial
  3. Membina keperibadian tinggi di kalangan warga organisasi
  4. Membudayakan kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi
  5. Menerapkan amalan pembelajaran berterusan
  6. Meningkatkan imej dan reputasi pegawai serta organisasi.

Fokus Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam

 

Konsep Aplikasi Pementoran, Coaching dan Kaunseling Dalam Organisasi

Perbezaan Kaunseling, Coaching dan Pementoran

 

Impak Program Pementoran

 

Pelaksanaan Program pementoran memberi kesan kepada :

 

A. Organisasi

  1. Meningkatkan keberkesanan dalam mengendalikan latihan personel
  2. Mengurangkan kos, masa dan kapasiti kakitangan dalam mengendalikan latihan personel
  3. Mengurangkan tekanan kepada kumpulan pengurusan dan penyelia
  4. Menggerakkan organisasi ke arah pembelajaran sepanjang hayat
  5. Membawa perspektif baru dalam dunia kerjaya
  6. Mengubah keperluan dalam pembangunan professional menigkatkan produktiviti
  7. Meningkatkan kesefahaman dan komunikasi dalam organisasi
 

B. Mentor

  1. Memberi kepuasan kepada diri
  2. Kejelasan tentang visi dan kerjaya yang dilaksanakan
  3. Memahami individu lain
  4. Mempertingkat dan memantapkan kemahiran analisis
  5. Mewujudkan keselesaan komunikasi dalam organisasi
  6. Membentuk perancangan kerjaya yang lebih bermakna
  7. Memperbaiki kemahiran komunikasi
  8. Menigkatkan cara gaya kepimpinan
 

C. Menti

  1. Meningkatkan keyakinan diri
  2. Mendapat sokongan dan empati
  3. Menti melihat mentor sebagai rakan dalam persekitaran yang berbeza dari pekerjaan sebenar
  4. Membantu dalam menghadapi sesuatu isu
  5. Berkongsi pengalaman
  6. Meningkatkan kefahaman
  7. Mendapat penghargaan

Carta Perbatuan Pelaksanaan Program Pementoran MOA 2015

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon