ATASE : Rome, Itali ATASE : Rome, Itali

World Summit on Food Security, Rome, Itali
 
WORLD SUMMIT ON FOOD SECURITY, 16 - 18 NOVEMBER 2009 DAN 36TH SESSION OF THE FAO CONFERENCE 18-23 NOVEMBER 2009, ROME, ITALI.


Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah mengetuai delegasi ke World Summit of Heads of State and Government on Food Security dengan diiringi oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sidang Kemuncak tersebut telah berlangsung dari 16 hingga 18 November 2009 dituruti dengan Persidangan FAO kali yang ke 36 bermula dari 18 hingga 23 November 2009 di Rome Itali.
 


Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah mengadakan lawatan kerja ke Italian National Agency for New Technologies, Energy and the Environment (EANA) iaitu sebuah organisasi yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga, alam sekitar dan teknologi baru di Rome.


World Summit on Food Security, Rome, Itali, 16 – 18 November 2009

Sidang Kemuncak kali yang ke tiga ini telah diadakan di Ibu Pejabat FAO di Rome, Itali dan telah dihadiri oleh 60 ketua-ketua negara dan kerajaan, 192 menteri-menteri dan  wakil-wakil kerajaan, agensi-agensi di bawah United Nations, organisasi bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan wakil-wakil media dari seluruh dunia. Tujuan utama Sidang Kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan jaminan makanan dan memastikan hak asasi manusia terhadap makanan dapat dicapai sepenuhnya.

Sidang Kemuncak 2009 merupakan kesinambungan dari dua Sidang  Kemuncak yang telah diadakan pada tahun 1996 dan 2002 dengan hasrat untuk menangani isu kekurangan makanan, kelaparan dan kebuluran di peringkat dunia dengan kepadatan penduduk yang dijangka akan meningkat kepada 9 bilion pada tahun 2050.  Pada ketika ini jumlah kelaparan dan kebuluran dunia telah mencecah kepada 1 bilion dan dijangka akan terus meningkat ekoran daripada krisis kegawatan ekonomi dunia, perubahan iklim dan bencana alam serta jumlah pengeluaran makanan dunia yang dilaporkan semakin berkurangan.
 
Satu deklarasi telah dipersetujui di peringkat ketua-ketua 191 negara anggota FAO. Deklarasi Sidang Kemuncak 2009 telah menggariskan objektif antara lain :-

  • Memastikan Millennium Development Goal 1 dan sasaran World Food Summit 1996 bagi mengurangkan kadar kelaparan dan kebuluran dunia kepada separuh pada tahun 2015 dapat direalisasikan sepenuhnya.
  • Meningkatkan dana bagi menggalakan pelaburan baru dan peningkatan produktiviti di sektor pertanian untuk mengurangkan kadar kemiskinan supaya hak asasi manusia terhadap makanan dapat dicapai sepenuhnya.
  • Bertindak proaktif dalam menangani cabaran perubahan iklim
  • Cadangan pemulihan dan reformasi Committee on World Food Security (CFS) di bawah FAO bagi membentuk satu institusi yang mampu bertindak di peringkat global dalam menangani isu jaminan makanan.


Bagi mencapai objektif yang telah digariskan, beberapa teras telah dipersetujui seperti berikut:-
Usahasama dan pelaburan di dalam program dan aktiviti pertanian yang berpotensi dan berdaya maju.

  • Penyelarasan yang strategik dipelbagai peringkat global, serantau dan nasional bagi meningkatkan sumber keperluan makanan.
  • Memperkukuhkan saluran pelbagaihala dengan meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penyelarasan institusi-institusi yang terlibat dalam pemberian bantuan kepada negara-negara yang memerlukannya khasnya negara-negara membangun.
  • Memastikan komitmen yang tinggi dan berterusan  terhadap sektor pelaburan dan produktiviti pertanian dengan penyediaan sumber-sumber yang bersesuaian dan mencukupi terhadap program-program yang dirancangkan.

Malaysia menyokong hasrat murni yang telah digariskan dalam deklarasi dan telah menyuarakan pandangan mengenai beberapa perkara penting yang harus diberi penekanan khasnya oleh FAO dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah naungan United Nations serta semua negara-negara anggota. Kenyataan negara telah pun disampaikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan antara perkara utama yang telah disuarakan oleh Malaysia adalah :-

  • peningkatan pengeluaran dan produktiviti pertanian sebagai langkah utama mengurangkan kadar kebuluran
  • liberalisasi perdagangan dan peningkatan pelaburan dalam sektor pertanian khasnya di negara-negara membangun dan negara mundur
  • komitmen yang mantap dan berterusan di peringkat global dalam menangani masalah perubahan iklim
  • sistem pentadbiran global yang lebih cekap dan berkesan dalam menangani masalah kelaparan dan kebuluran (global governance) dan;
  • peranan yang lebih berkesan oleh FAO untuk mengatasi kebuluran di peringkat global

Semasa Sidang Kemuncak ini, empat sidang meja bulat telah diadakan untuk membincangkan isu-isu semasa yang mempunyai kaitan rapat dengan masalah kebuluran. Sesi meja bulat ini ialah:


Sesi Meja Bulat 1 :
Minimizing the Negative Impact of the Food, Economic and Financial Crisis on World Food Security

Sesi Meja Bulat 2 :
Implementation of the Reform of Global Governance of Food Security

Sesi Meja Bulat 3 :
Climate Change Adaptation and Mitigation

Sesi Meja Bulat 4 :
Measures to Enhance Global Food Security: Rural Development, Smallholder Farmers and Trade Considerations
 
Semasa lawatan kerja Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Italian National Agency for New Technologies, Energy and the Environment (EANA), beliau telah dimaklumkan bahawa agensi tersebut mempunyai 11 Pusat Kecemerlangan di seluruh Itali. Bidang-bidang utama yang diberi tumpuan oleh EANA adalah seperti berikut:-

 
  • Alam sekitar, perubahan dunia dan pembangunan mapan. (Environmental, global change and sustainable development)
  • Bioteknologi, agro industri dan kawalan kesihatan (Biotechnology, agro industry and health protection)
  • Nuclear  fusion & fission and related technologies
  • Advanced physical technologies and new materials
  • Energy technologies, renewable technology source and energy saving.


Selaras dengan keutamaan Kerajaan untuk membangunkan teknologi baru dalam sektor pertanian, kerjasama di antara institusi penyelidikan, khususnya MARDI dan EANA merupakan satu pendekatan strategik yang berpotensi untuk diberikan tumpuan.


Sidang Kemuncak ini dituruti dengan Persidangan FAO kali Ke-36. Persidangan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari semua negara anggota FAO dan delegasi Malaysia telah diketuai oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.  Semasa Persidangan tersebut, Y. Bhg. Dato' Ketua Setiausaha telah menyampaikan kenyataan negara dan menyokong hasrat FAO dalam usaha pembaharuan terhadap Committee on World Food Security (CFS) dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mengatasi kebuluran dan memastikan jaminan makanan diperingkat dunia.  

Cawangan Antarabangsa
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon