Unit Audit Dalam
Visi
Berazam menjadikan Unit Audit Dalam sebagai Unit yang cekap serta berusaha secara berterusan ke arah kecemerlangan untuk mencapai objektif dan memenuhi keperluan pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya.
Misi
Meninggikan produktiviti kerja dengan perhatian penuh kepada penghasilan kerja yang berkualiti tinggi di semua peringkat dan pengeluaran laporan audit yang cepat dan tepat.
Objektif
- Untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus
- Untuk membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan
- Untuk membantu pihak pengurusan menentukan program dan aktiviti, diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian
Fungsi
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan
- Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan
- Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT
- Menjalankan fungsi audit dalam di Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal seliaan kementerian yang berkenaan yang tiada Unit Dalam selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998
- Melaporkan kepada Ketua Eksekutif hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Eksekutif ; dan
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
Piagam Pelanggan
- Laporan Audit Pengurusan Kewangan
- Laporan Audit Pengurusan Kewangan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan selepas pengauditan diselesaikan.
- Rancangan Audit Tahunan
- Rancangan Audit Tahunan dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum/pada 31 Januari tahun berikutnya.
- Laporan Tahunan Audit
- Laporan Tahunan Audit dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum/pada 31 Mac tahun berikutnya.
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.