UPPS UPPS

Pengenalan

 

Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan dalam mentransformasikan penyampaian perkhidmatan awam, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Unit Pengurusan Psikologi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  telah menerapkan aspek psikologi dan kaunseling dalam pengurusan sumber manusia sebagai usaha untuk mempertingkatkan potensi diri pegawai kementerian. Tumpuan program dan aktiviti adalah berdasarkan kepada tujuh (7) teras utama berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam pengurusan sumber manusia iaitu :

  1. Aplikasi Psikologi Dalam Pembangunan Personel
  2. Aplikasi Psikologi Dalam Penilaian Personel
  3. Aplikasi Psikologi Dalam Penyelidikan
  4. Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi
  5. Memperkasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MOA
  6. Memperkasa Pementoran MOA
  7. Inovasi Perkhidmatan Psikologi MOA
 

Keseluruhan program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah bertujuan membangunkan sumber manusia MOA yang berintegriti dan berprestasi tinggi.

 

Visi

 

Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek pembangunan modal insan ke arah membangunkan sumber manusia yang kompetan, cekap dan berkesan selaras dengan visi kementerian.

 

Misi

 
  • Menjadi pakar rujuk kepada perkhidmatan psikologi
  • Merancang keperluan perkhidmatan psikologi
  • Melaksanakan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan
  • Menilai keberkesanan perkhidmatan psikologi
 

Objektif

 

Melaksanakan dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia bagi membangunkan sumber manusia yang berintegriti dan berprestasi tinggi.

Perkhidmatan Kaunseling

 

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memaham idiri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan- Kelakuan dan Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

Perkhidmatan kaunseling sebagai pemudah cara bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan kaunseling.

 

Matlamat Perkhidmatan Kaunseling

  1. Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan.
  2. Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusan.
  3. Memperkembangkan potensi diri.
  4. Perubahan tingkah laku.
  5. Memperbaiki hubungan dengan individu lain.
 

Intervensi Kaunseling

  1. Kaunseling Individu
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Khidmat Konsultansi
  4. Kaunseling Keluarga
  5. Tele Kaunseling
  6. Emel
  7. Ujian Psikologi

Tanggungjawab Kaunselor - Klien

 

Terdapat enam belas tanggungjawab kaunselor ke atas klien iaitu :

  1. Mengutamakan kepentingan klien samaada individu, kelompok atau korporat;
  2. Merahsiakan segala maklumat kecuali maklumat yang membahayakan klien atau orang lain;
  3. Memahami dan menghormati latarbelakang sosio-budaya klien;
  4. Memahami kesejahteraan psikologi klien, tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri daripada segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya;
  5. Membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab di atas perlakuannya dan menghormati keperluan klien;
  6. Berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas jujur dan cekap;
  7. Tidak mengamalkan, mempersetujui atau pun menggalakkan diskriminasi berasaskan paras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental, paras rupa atau pun diskriminasi dalam apa jua bentuk;
  8. Menjelaskan kepada klien berkaitan keperluan, proses, dan implikasi perkhidmatan kaunseling;
  9. Mencapai persetujuan dengan klien pada peringkat awal sesi berhubung batasan kerahsiaan;
  10. Menyemak semula persetujuan bersama klien;
  11. Menggunakan budi bicara dan mengambil tindakan yang wajar apabila jelas yang diri klien ataupun orang lain berada dalam bahaya;
  12. Tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara-mara atau mereka yang mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian ke atas prestasinya;
  13. Tidak boleh menghalang klien menamatkan sesi kaunseling ataupun bertukar kepada kaunselor yang lain;
  14. Tidak memberi perkhidmatan kaunseling kepada klien yang sedang menjalani proses kaunseling dengan kaunselor lain pada masa yang sama;
  15. Merujuk klien pada pakar lain atau kaunselor lain apabila amat memerlukan;
  16. Menyediakan tempat yang selesa atau sulit tanpa gangguan.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon