Geran Geran

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

  1. Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan/Agensi sebagai Jabatan/Agensi Pembimbing.
  2. Program ini menyediakan bantuan di dalam bentuk geran pemadanan meliputi skop seperti berikut :
    1. Kajian nutrisi dan jangka hayat produk;
    2. Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan;
    3. Peningkatan keupayaan pengeluaran; dan
    4. Penambahan premis ke arah persijilan.
  3. Program ini dipertimbangkan kepada usahawan IAT di Tahap 4 dan 5 (nilai jualan tahunan RM300,000.00 hingga RM15,000.00).
  4. Program ini menyediakan bantuan seperti berikut :

Perkara

Keterangan

Skop

Kajian nutrisi dan jangka hayat produk

Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan Peningkatan kapasiti pengeluaran Penambahbaikan premis

Kadar

Geran pemadanan (Geran 50% : Usahawan 50%)

Nilai Geran

Maksimum RM200,000/permohonan

 

>> GARIS PANDUAN GERAN PEMADANAN HIGH IMPACT PRODUCT (HIP)

Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP)

  1. Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan/Agensi sebagai Jabatan/Agensi Pembimbing.
  2. Program ini menyediakan bantuan di dalam bentuk geran pemadanan meliputi skop seperti berikut :
    1. Kajian nutrisi dan jangka hayat produk;
    2. Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan;
    3. Peningkatan keupayaan pengeluaran;
    4. Penambahan premis ke arah persijilan; dan
    5. Perolehan papan tanda perniagaan.
  3. Program ini dipertimbangkan kepada usahawan IAT di Tahap 1, 2 dan 3 (nilai jualan tahunan sehingga RM300,000.00).
  4. Program ini menyediakan bantuan seperti berikut :

Perkara

Keterangan

Skop

Kajian nutrisi dan jangka hayat produk

Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan Peningkatan kapasiti pengeluaran Penambahbaikan premis Perolehan papan tanda perniagaan

Kadar

Geran pemadanan (Geran 70% : Usahawan 30%)

Nilai Geran

Maksimum RM60,000/permohonan (termasuk kajian nutrisi dan jangka hayat produk jika dipohon secara kombinasi)

 

>> GARIS PANDUAN GERAN PEMADANAN CHANGE UPGRADE PRODUCT (CUP)

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon