IADA Kalaka Saribas Betong Sarawak IADA Kalaka Saribas Betong Sarawak

Pengenalan

 

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development Area (IADA) Kalaka-Saribas-Betong merupakan salah satu dari dua projek pembangunan pertanian bersepadu yang sedang dilaksanakan di Negeri Sarawak. Konsep IADA adalah menumpukan pemusatan segala usaha perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pertanian bagi sesuatu kawasan sedia-ada atau in-situ. IADA Kalaka-Saribas-Betong terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandaraya Kuching di mana kawasan projek terletak di Daerah Kalaka dan Daerah Saribas di Bahagian Betong. Mengikut bancian 1991, terdapat seramai 83,000 orang di kawasan projek yang terdiri daripada 12,000 keluarga tani di mana dijangka kira-kira seramai 9,600 keluarga tani akan mendapat faedah dari pelaksanaan projek.

IADA Kalaka-Saribas mula dilaksanakan pada Jun, 1986 akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Pembangunan Asia (ADB), Pinjaman Persekutuan dan Geran Persekutuan. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), sumber pembiayaan hanyalah daripada Kerajaan Persekutuan iaitu dalam bentuk grant bagi PMU, Komponen JPS dan Komponen Pertanian.

Bermula perlaksanaan projek tahun 1986, tumpuan utama adalah mengatasi masalah kekurangan infrastruktur yang melibatkan pembangunan skim saliran untuk memperbaiki keadaan tanah yang sering ditenggelami air pasang surut serta membina jalanraya dalam kawasan projek untuk membolehkan ianya dibangunkan dengan aktiviti pertanian secara komersil.Pembangunan tanaman utama pada peringkat awal tertumpu kepada pembangunan tanaman kelapa sawit di mana pada tahun 1997 matlamat untuk membangunkan kawasan kelapa sawit seluas 10,000 hektar telah tercapai melalui komponen SALCRA.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, IADA Kalaka-Saribas telah memohon perluasan kawasan perkhidmatan meliputi keseluruhan Bahagian Betong dan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 21 Oktober 2011. Perluasan kawasan perkhidmatan adalah seluas 257,080 ha yang melibatkan tiga (3) parlimen iaitu P201 Batang Lupar, P204 Betong dan P205 Saratok dan enam (6) ADUN iaitu N24 Beting Maro, N30 Saribas, N31 Layar, N32 Bukit Saban, N33 Kalaka dan N34 Krian.

 

Fungsi :

  1. Pembangunan kawasan pertanian bersepadu melalui pengeluaran agromakanan,penternakan dan industi asas tani berdasarkan pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  2. Membangunkan usahawantani dan industri  yang bergiat aktif dalam industri agromakanan, penternakan dan industri asas tani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pendapatan.
  3. Memindahkan teknologi terkini melalui aktiviti pengembangan, khidmat nasihat kepakaran, pengwujudan plot demostrasi pelbagai tanaman, latihan kepada golongan sasar bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara holistik dan berterusan untuk mencapai produktiviti, kualiti produk dan keselamatan makanan terjamin
  4. Membangun, menaiktaraf dan menyelenggara sistem saliran dan infrastruktur asas di kawasan projek pertanian yang dibangunkan oleh IADA Kalaka-Saribas-Betong.
  5. Menyalurkan bantuan input pertanian, penternakan dan peralatan pemprosesan IAT kepada peserta-peserta projek di bawah IADA Kalaka-Saribas-Betong.
 

Visi

Menyumbang ke arah pengeluaran makanan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat.

 

Misi

Membangunkan kawasan IADA Kalaka-Saribas-Betong sebagai kawasan pembangunan agromakanan.

 

Objektif

Objektif program pembangunan pertanian IADA Kalaka-Saribas-Betong ialah:

  1. Meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui pembangunan tanaman yang berpotensi.
  2. Mempertingkatkan pembangunan infrastruktur bagi meningkatkan pembangunan pertanian secara komersil.
  3. Meningkatkan hasil pengeluaran yang berproduktiviti tinggi dan berkualiti melalui pengurusan projek yang cekap, penggunaan teknologi terkini dan moden supaya aktiviti pertanian yang dilaksanakan berdayasaing.
  4. Memajukan sumber pertanian tempatan sedia ada seperti industry hiliran dan huluan agar menghasilkan tambahan pendapatan dengan member peluang pekerjaan.

Strategi

  1. Memilih tanaman dan komoditi yang berpotensi dan menguntungkan untuk member lebihan pendapatan kepada golongan sasar.
  2. Memperbaiki system saliran sedia ada yang mengalami banjir agar tanaman dapat dimajukan di kawasan tersebut.
  3. Memperbaiki infrastruktur lading dan membekalkan kemudahan dan peralatan pertanian tertentu agar lebih banyak usahawan komersil dapat diwujudkan.
  4. Mengenalpasti potensi bahan-bahan dan sumber pertanian sedia ada yang boleh dijadikan aktiviti hiliran atau pemprosesan makanan.

PROJEK-PROJEK

 

1. PEMBANGUNAN KAWASAN TANAMAN PELBAGAI BUAH

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA kalaka-Saribas-Betong menjadi kawasan produktif untuk pertanian melalui pembangunan tanah dengan aktiviti pertanian yang berpotensi bagi meningkatkan  hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran makanan tempatan.

Pembangunan projek tanaman pelbagai buah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pembersihan kawasan, pembinaan infrastruktur asas ladang, perolehan benih tanaman, baja, racun makhluk perosak, benih tanaman selingan, peralatan ladang dan program / aktiviti pengembangan.

 

2. PEMBANGUNAN KAWASAN TANAMAN LIMAU

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA Kalaka-Saribas-Betong menjadi kawasan produktif untuk pertanian melalui pembangunan tanah dengan aktiviti pertanian yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran tanaman makanan tempatan.

Projek pembangunan tanaman limau melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pembersihan kawasan, pembinaan infrastruktur asas ladang, perolehan benih tanaman, baja, racun makhluk perosak, benih tanaman selingan, peralatan ladang serta aktiviti pengembangan.

 

3. PEMBANGUNAN KAWASAN TANAMAN MANGGA

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA Kalaka-Saribas-Betong menjadi kawasan produktif untuk pertanian melalui pembangunan tanah dengan aktiviti pertanian yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran tanaman makanan tempatan.

Projek pembangunan tanaman manga melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pembersihan kawasan, pembinaan infrastruktur asas lading, perolehan benih tanaman, baja, racun makhluk perosak, benih tanaman selingan dan peralatan ladang serta aktiviti pengembangan.

 

4. MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN INFRASTRUKTUR SEDIA ADA

Objektif projek ini ialah untuk menyediakan satu sistem saliran dan infrastruktur yang efektif dan mengelakkan berlakunya banjir di kawasan projek pertanian dan skim saliran. Meningkatkan purata pendapatan peserta projek pertanian sebanyak 10%.

Komponen projek terlibat dalam menaiktaraf sistem saliran dan infrastruktur sedia ada seperti :

  1. Menaiktaraf sistem saliran di dalam skim saliran sedia ada dan kawasan projek pertanian di luar skim saliran seperti melebar dan meninggikan ban, membina creek-closure dan menaiktaraf parit ladang ke parit utama.
  2. Menaiktaraf pintu kawalan air.
  3. Menaiktaraf struktur saliran dan lintasan sedia ada seperti paip saliran, pembentungan, box culvert, gabion, struktur dinding / banteng penahan dan struktur hidraulik serta termasuk lintasan sedia ada seperti jambatan / titian kayu atau besi dan jenis konkrit.
  4. Membina culvert dan flap gate
  5. Menaiktaraf jalan ladang sedia ada
  6. Pelantikan perkhidmatan perunding
 

5. PROJEK PEMBANGUNAN TERNAKAN

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA kalaka Saribas Betong menjadi kawasan produktif untuk pertanian melalui pembangunan ternakan bagi meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran daging di pasaran tempatan yang masih tidak mencukupi

Pembangunan Projek Pembangunan Ternakan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti  bantuan bahan binaan, bantuan makanan ternakan serta ubatan, bantuan pelbagai peralatan yang berkaitan dan bantuan baka ternakan serta program / aktiviti pengembangan

 

6. PEMBANGUNAN KAWASAN TANAMAN NANAS

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA Kalaka Saribas Betong menjadi kawasan produktif untuk pertanian melalui pembangunan tanah gambut dengan aktiviti pertanian yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran tanaman makanan tempatan.

Pembangunan Projek Tanaman Nanas melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pembersihan kawasan, pembinaan infrastruktur asas ladang, perolehan benih tanaman, baja, racun makhluk perosak, hormon  penggalak bunga dan peralatan ladang serta aktiviti pengembangan seperti kursus, demonstrasi dan lawatan

 

7. PEMBANGUNAN KAWASAN TANAMAN KONTAN

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA kalaka Saribas Betong menjadi kawasan produktif untuk pertanian melalui pembangunan tanah dengan aktiviti pertanian yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran tanaman makanan tempatan

Pembangunan projek tanaman kontan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pembersihan kawasan, pembinaan infrastruktur asas ladang, perolehan benih tanaman, baja, racun makhluk perosak, sistem pengairan dan peralatan ladang serta aktiviti pengembangan seperti kursus, demonstrasi dan lawatan

 

8. PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI KALAKA SARIBAS BETONG

Membangunkan kawasan perkhidmatan IADA Kalaka Saribas Betong menjadi kawasan produktif untuk Industri  Asas Tani melalui pembangunan produk-produk IAT yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat serta menyumbangkan kepada peningkatan pengeluaran tanaman makanan tempatan.

Pembangunan Projek Industri Asas Tani melibatkan aktiviti-aktiviti seperti bantuan mesin pemprosesan produk pertanian, perikanan dan ternakan, bantuan pembungkusan dan perlabelan, dan bantuan dari segi keperluan bahan binaan untuk pusat pemprosesan serta aktiviti pengembangan.

 

9. NAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN INFRASTRUKTUR SEDIA ADA

Menyediakan khidmat sokongan kejuruteraan dan teknikal untuk pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur sistem pengairan dan saliran pertanian serta lain-lain yang berkaitan dalam pembangunan agromakanan.

  1. Menaiktaraf sistem saliran di dalam skim saliran sedia ada dan kawasan projek pertanian di luar skim saliran seperti melebar dan meninggikan ban, membina creek-closure dan menaiktaraf parit ladang ke parit utama.
  2. Menaiktaraf pintu kawalan air.
  3. Menaiktaraf struktur saliran dan lintasan sedia ada seperti seperti paip saliran, pembentung, box culvert, gabion, struktur dinding/ benteng penahan dan struktur hidraulik serta termasuk lintasan sedia ada seperti jambatan/ titian kayu atau besi dan jenis konkrit.
  4. Membina culvert dan flap gate.
  5. Menaiktaraf jalan ladang sedia ada.

Soalan Lazim

 

1. Bagaimana cara saya boleh dapatkan borang permohonan projek?

Pihak tuan boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat IADA Kalaka-Saribas-Betong, Saratok.

 

2. Siapakah yang layak memohon?

Pemohon adalah warganegara Malaysia, bermastautin di Bahagian Betong dan lokasi projek di kawasan Kalaka-Saribas, Betong, Sarawak.

 

3. Apakah jenis projek yang ditawarkan oleh IADA Kalaka-Saribas?

 
  • Projek yang ditawarkan oleh IADA Kalaka-Saribas ialah Projek Tanaman Mangga, Projek Tanaman Nanas, Projek Tanaman Limau, Projek Tanaman Buah-buahan lain seperti kelapa, cempedak, longan dan nangka
  • Projek Tanaman Jangka Pendek Dengan Sistem Pengairan seperti tembikai, jagung dan sayur-sayuran.
  • Tanaman Jangka Pendek Tanpa Sistem Pengairan seperti pisang, ternakan lembu fidlot dan Industri Hiliran dan Pemprosesan.
 

4. Bagaimana untuk menghubungi IADA Kalaka-Saribas?

Pihak tuan boleh menghubungi pihak IADA Kalaka-Saribas di talian 083-436313, no fax 083-436604 atau melalui alamat email: iadaks171@yahoo.com.

 

5. Bagaimana untuk mengikut kursus atau lawatan yang dianjurkan oleh IADA Kalaka-Saribas?

Pihak tuan boleh mendapatkan info berkenaan dengan kursus atau lawatan yang akan dianjurkan di Pejabat IADA Kalaka-Saribas, Saratok, Depo Pusa dan Depo Alit.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon