IADA Seberang Perak IADA Seberang Perak

Pengenalan

 

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak telah dibangunkan mulai tahun 1981 dan siap pada tahun 1990. Kos pembangunan projek di antara 1981-1990 ialah sebanyak RM344 juta yang mana telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak USD112.35 juta dan pinjaman Bank Dunia sebanyak USD30.65 juta. Keseluruhan kawasan projek IADA Seberang Perak adalah 17,307 ha dimana jumlah kawasan pertanian adalah seluas 16,437 ha. Daripada jumlah kawasan tersebut, seluas 8,529 ha adalah ditanam dengan tanaman padi yang diusahakan dua kali setahun, manakala seluas 7,585 ha adalah ditanam dengan kelapa sawit.

 

Agensi-Agensi Perlaksanaan

 

Jabatan Pengairan dan Saliran:
Bertanggungjawab ke atas infrastruktur seperti tali air, parit, jalan ladang dan struktur kawalan air bagi keseluruhan projek.

Jabatan Pertanian:
Memberi perkhidmatan secara terus kepada semua petani di kawasan awam Blok A, C dan D serta memberi khidmat sokongan teknikal pertanian kepada pihak pengurusan FELCRA, terutamanya dalam aspek pengawasan dan ramalan makhluk perosak.

FELCRA :
Mentadbir dan mengurus estet padi di Kawasan Pengairan Cabang Kanan (RBC - Blok E, F & G) dan sebahagian kecil di Kawasan Pengairan Cabang Kiri (LBC - Blok B & C).

Matlamat Projek

  • Meningkatkan pengeluaran padi ke purata 6.0 m.ton/hektar/musim melalui konsep perladangan komersial.
  • Meningkatkan pendapatan keluargatani ke paras minima RM1000.00 sebulan melalui peningkatan hasil padi dan hasil penglibatan secara berkelompok dalam projek-projek ekonomi selain dari padi.
  • Mengekalkan kekerapan tanaman padi pada tahap 200%

Strategi

  • Memperkemas dan memusatkan sistem penyampaian maklumat dan teknologi ke arah membangunkan sektor tanaman padi secara perladangan komersial.
  • Melengkapkan kemudahan insfrastruktur pegairan bagi meningkatkan tahap pengurusan air sebagai landasan ke arah peningkatan hasil padi.
  • Meningkatkan penggunaan benih padi bermutu melalui pengwujudan ladang benih padi berkelompok sebagai sokongan kepada pengeluaran benih padi oleh jabatan.
  • Memberi perkhidmatan sokongan teknikal yang menyeluruh dan bersepadu supaya program pengembangan dan pengurusan air menjadi lebih berkesan dalam membangunkan sektor pertanian.
  • Mengemaskini organisasi dan peranan kakitangan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan agar selari dalam usaha memesatkan pembangunan pertanian ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan.
  • Mewujudkan sistem pengesanan yang menyeluruh bagi meninjau dan memperbaiki amalan teknologi di kalangan pelanggan.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon