Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Pengenalan

 

Kawasan Muda merupakan jelapang padi terbesar di Malaysia. Ianya merangkumi kawasan seluas 125,155 hektar di mana hampir 96,558 hektar adalah merupakan kawasan padi. Kawasan ini terletak di dalam Negeri Kedah Darul Aman dan Perlis Indera Kayangan. Penubuhan MADA pada Jun 1970 telah membangunkan kawasan padi di Kawasan Muda yang menjadi nadi kehidupan sebahagian besar warga tani di sini. Sehingga kini adalah dianggarkan seramai 48,500 warga tani yang bergiat aktif mengusahakan sawah padi di dalam Kawasan Muda.

 

Objektif

 

Selaras dengan matlamat penubuhan MADA, objektif yang disasarkan adalah :-Meningkatkan hasil pengeluaran padi kepada purata 10 tan sehektar semusim diseluruh Kawasan Muda menjelang tahun 2010. Meningkatkan pendapatan keluargatani kepada sekurang-kurangnya RM 24,000 setahun menjelang tahun 2010.

Strategi

  • Memodenkan sistem pengurusan ladang.
  • Mewujudkan peladang moden melalui program transformasi.
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan air.
  • Mempercepatkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur pengairan.
  • Meningkatkan pembangunan sumber air.
  • Memperkemaskan sistem pengembangan pertanian dan pemindahan teknologi terkini.
  • Meningkatkan produktiviti dan memajukan kawasan sawah bermasalah.
  • Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).
  • Mengenalpasti dan menghebahkan peluang-peluang pelaburan yang boleh diceburi oleh peladang -peladang, PPK, SPPM dan pihak swasta.
  • Memantapkan pengurusan PPK dan meningkatkan penglibatan di dalam bidang ekonomi.
  • Meningkatkan pendapatan peladang melalui pelbagai aktiviti pertanian bukan padi. Mewujudkan lebih banyak industri kecil dan sederhana dan membangunkan usahawan di kalangan masyarakat peladang.
  • Mengurus dan membangun sumber manusia supaya cekap dan berkesan.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon