Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

Y. Bhg Datuk/Dato'/To' Puan/Datin/Tuan/Puan,

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.   Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian/Jabatan/Agensi yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT MOA melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT). Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat http://profitv2.mampu.gov.my

 

3.   Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian/Jabatan/Majlis/Unit juga dipohon untuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT MOA.

 

4.   Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) mengikut Takwim MOA 2018 dijadualkan seperti berikut :

 Bil. Mesyuarat Tarikh Mesyuarat JTI Tarikh Mesyuarat JPICT
Bil. 1/2018 23 Januari 2018 (Selasa) 6 Februari 2018 (Selasa)
Bil. 2/2018 10 April 2018 (Selasa) 24 April 2018 (Selasa)
Bil. 3/2018 28 Jun 2018 (Khamis) 10 Julai 2018 (Selasa)
Bil. 4/2018 10 Oktober 2018 (Khamis) 1 November 2018 (Khamis)

 

5.  Untuk makluman maklumat mengenai Terma Rujukan JPICT dan Format Kertas Kerja boleh di muat turun (download) seperti di bawah :

Tatacara Penyediaan Kertas Permohonan JPICT

Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT

 

Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada :

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2015 : Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantau Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2013 : Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information Telecomunication Technology (ICT) Kerajaan

 

6.   Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada e-mel jpict@moa.gov.my dan pertanyaan mengenai Sistem Aplikasi PROFIT boleh dikemukakan kepada emel cheroslina@mampu.gov.my atau nombor telefon berikut : 03-8892 7502. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg Datuk/Dato'/To' Puan/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) & JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTI)
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon