• img3
  • img1
  • img1
  • img1
  • img1
  • img1
  • img2
  • img3
  • img7

PENGUMUMAN

Tinjauan Kepuasan Pelanggan bagi penilaian Indeks SSR 2017 menggunakan aplikasi MyPelanggan mulai 24 Julai - 31 Oktober 2017. Satu soal selidik telah disediakan dan mohon kerjasama pelanggan MOA/ Jabatan / Agensi mengisi dan menilai perkhidmatan yang diberikan.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebutharga] Perkhidmatan Migrasi Sistem Dari Pusat Data Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA).

[Info Lanjut]

 

[Notis Sebutharga] Kerja-kerja Penyelenggaraan & Pembaikan Ke Atas Sistem Pam Selam Elektrik dan Kerja-kerja Berkaitan Di Rumah Pam Air Kitar Semula Untuk IADA Barat Laut Di Daerah Sabak Bernam, Selangor.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebutharga] Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Perkakasan dan Perisian Virtual Server di Pusat Data Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Info Lanjut]

 

Semakan Keputusan Permohonan Online (Baru) Ke Program Latihan Kemahiran Kebangsaan (PLKPK) Sesi Julai 2017.

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
 MoA Inc
 
Latar Belakang
 
Pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian memerlukan sokongan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Penyediaan sumber manusia yang mahir, sumber kewangan yang mencukupi, infrastruktur dan teknologi terkini dari peringkat awal penyediaan input, pengeluaran, pengendalian sehingga kepada pemasaran hasil-hasil dan produk-produk pertanian dan juga bahan-bahan makanan adalah amat penting dalam usaha untuk menjaya dan memajukan sektor ini. Sehubungan itu, pendekatan pelaksanaan projek-projek pertanian melalui kaedah MOA Inc. telah diperkenal dan dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23 Mac 2003.
 
Objektif
 
Objektif pelaksanaan projek-projek secara MOA Inc. adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian bagi mencapai matlamat mentransformasi sektor pertanian dan meningkatkan peranan Kerajaan dalam menghadapi isu-isu, cabaran-cabaran dan kehendak-kehendak sektor pertanian agar berdaya saing untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan.
Pendekatan
Pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian berasaskan konsep MOA Inc. menggariskan penggemblengan seluruh pemikiran, tenaga dan sumber manusia daripada kesemua tiga Jabatan dan lapan Agensi di bawah Kementerian untuk memberikan khidmat kepakaran dan nasihat yang terbaik bagi membantu golongan sasar. Melalui pendekatan ini juga, kesemua Jabatan dan Agensi tersebut akan memberi perkhidmatan secara berpasukan di semua peringkat pembangunan projek seperti perancangan, pelaksanaan, pengurusan, pemasaran, pemantauan dan penilaian.
 
Ciri-Ciri Projek
 

Projek - projek yang dilaksanakan berasaskan pendekatan MOA Inc. seperti pengeluaran makanan, pemprosesan dan agro - pelancongan hendaklah:

  1. Berdaya maju dan boleh dilaksanakan secara berterusan;
  2. Mempunyai pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan;
  3. Mempunyai pelan pemasaran melalui FAMA atau agen pemasaran yang lain bagi menentukan hasil dapat dipasarkan;
  4. Berasaskan saiz ekonomik dan berkomersil sebagaimana ditentukan oleh Agensi;
  5. Diurus oleh seorang Pengurus Projek;
  6. Menjurus kepada pensijilan kualiti dan keselamatan makanan; dan
  7. Menentukan pengusaha mempunyai 20% ekuiti sekiranya projek dibiayai oleh bank.

Jenis-Jenis dan Saiz Projek Yang Layak Memohon

Industri Saiz Minimum
Tanaman  
1. Sayur-sayuran
a. Sistem terbuka
4 hektar
        b. Sistem fertigasi 1 hektar
2. Buah-buahan  
a. belimbing, betik, pisang, nenas dan tembikai
10 hektar
b. Durian, rambutan, manggis cempedak, nangka, duku/ dokong, ciku dan mangga
20 hektar
3. Padi 40 hektar
4. Bunga 4 hektar
5. Kelapa 40 hektar

 

Ternakan

 
1. Lembu Integrasi 100 ekor bibit betina
2. Lembu feedlot
600 ekor/pusingan
3. Lembu susu 50 ekor
4. Ayam daging (reban tertutup) 50,000 ekor/pusingan
5. Ayam telur 50,000 ekor ayam
6. Kambing 500 ekor bibit

Akuakultur
 
1. Kolam  
a. Udang Harimau
i. Keluasan kawasan 2 hektar
b. Udang galah
ii. Saiz kolam 0.4 ha seunit
c. Ikan air tawar
iii. 4 Kolam
d. Ikan air laut
 

2. Sangkar
 
a. Ikan laut
i. Keluasan 2500 m
b. Ikan air tawar
ii. Saiz tangki 50m x 20m x 1.5cm

3. Tangki
 
Ikan air tawar
i. Keluasan 1 ha
  ii. Saiz tangki 50m x 20m x 1.5cm
  iii.8 buah

4. Hatchery
 
Udang laut/udang galah/ Ikan laut/ ikan air tawar
3 juta ekor

Pemprosesan Makanan
 
a. Berasaskan produk ternakan
i. Modal tetap minimum RM0.5 juta
b. Berasaskan bijirin
ii. Modal kerja pusingan minimum RM0.5 juta
c. Berasaskan buah-buahan dan sayuran
iii. Modul berbayar minimum RM1juta
d. Berasaskan produk perikanan
 
e. Berasaskan produk kelapa
 

Perikanan Tangkapan
 
a. Jenis vesel
Vessel tangkapan ikan Zon C dan ke atas termasuk tuna
b. Bilangan vesel
2 buah vesel
c. Jenis milik
Carter/pajak/sub pajak tempatan
d. Pengkalan operasi
Pengkalan utama
i. Tok Bali
ii. Kuantan, Pahang
iii. Batu Maung, P.Pinang
iv. Tg. Manis, Sarawak
e. Pendaratan hasil
Dalam negara
f. Pekerja/krew
Tempatan

Produk Perikanan
 
a. Pemprosesan ikan
Jumlah pelaburan minimum RM500,00
Bilangan pekerja minimum 50 orang

Carta Aliran Kerja Projek Moa Inc.

 

Carta Aliran Kerja Projek Moa Inc.
 
 
Kaedah Permohonan
  1. Syarikat/individu yang ingin memohon untuk disenaraikan di bawah projek MOA Inc. hendaklah menyediakan kertas kerja atau pelan perniagaan projek.
  2. Permohonan diajukan kepada Jabatan/Agensi yang berkenaan di negeri dan peringkat Ibu Pejabat.
  3. Syarikat/individu akan dipanggil untuk membentangkan kertas kerja/pelan perniagaan kepada J/K MOA Inc. peringkat Ibu Pejabat.
  4. Sekiranya diperakukan oleh J/K tersebut permohonan akan dikemukakan ke Urus setia MOA Inc. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk pendaftaran.
  5. Surat pendaftaran dikeluarkan kepada Jabatan/Agensi berkaitan dan disalinkan kepada syarikat/individu berkenaan.
 
Kelebihan Projek-Projek Moa Inc.
  1. Mendapat khidmat nasihat, tunjuk ajar serta kepakaran daripada Jabatan/Agensi yang berkenaan.
  2. Menikmati kemudahan pembiayaan/pinjaman dana yang disediakan Bank Pertanian Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat pinjaman.
  3. Jenis-jenis dana yang disediakan.
  • Tabung Untuk Makanan (Fund For Food - 3F)
  • Skim Pinjaman Untuk Masyarakat Pedagang & Perindustrian Bumiputra (MPPB)
  • Skim Pinjaman Untuk Mekanisasi & Automasi Pertanian (MAP)
  • Tabung Industri Kecil & Sederhana Ke-2 (TIKS 2)
  • Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM)