• img1
  • img1
  • img3
  • img2
  • img3
  • img5
  • img6
  • img7

PENGUMUMAN

[Iklan Sebut Harga] Kerja-kerja Membina dan Menyiapkan Kompleks Niaga Usahawantani KPM dan Kerja-kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Laluan Masuk Utama Kolej Pertanian Malaysia,Bukit Tangga.

[Info Lanjut]

 

Tawaran Program Inkubasi Usahawan Pertanian dari Syarikat Ladang Sawitria (Kel) Sdn. Bhd.

[Info Lanjut]

 

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

[Info Lanjut]

 

Tinjauan Kepuasan Pelanggan bagi penilaian Indeks SSR 2017 menggunakan aplikasi MyPelanggan mulai 24 Julai - 31 Oktober 2017. Satu soal selidik telah disediakan dan mohon kerjasama pelanggan MOA/ Jabatan / Agensi mengisi dan menilai perkhidmatan yang diberikan.

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices)    
     
 
Pengenalan
  • MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Ogos 2013.
  • MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).
  • MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.
  • MyGAP dilaksanakan berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS). MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice digunakan untuk modul sektor tanaman dan MS 1998:2007 Good Aquaculture Practice (GaqP) – Aquaculture Farm – General Guidelines serta MS 2467:2012 – Code of Practice for Seaweed Cultivation untuk modul sektor akuakultur. Manakala MS 2027:2006 Good Animal Husbandry Practice untuk sektor ternakan.
  • Good Agricultural Practice (GAP) atau Amalan Pertanian Baik adalah amalan pertanian yang menekankan aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti.
  • MyGAP adalah inisiatif Economic Transformation Program (ETP) di bawah Strategic Reform Intiatives – Competition, Standard and Liberalisation (SRI-CSL) yang merupakan enabler kepada National Key Economic Area – Agriculture (NKEA - Pertanian).
           Faedah Pensijilan MyGAP
  • Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu membngunkan industri pertanian negara yang mesra alam dan lestari.
  • Memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan GAP telah dikenali di seluruh dunia
  • Memudahkan pelaksanaan pensijilan berasaskan Amalan Pertanian Baik dengan adanya satu skim pensijilan
  • Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja
  • Menggalakkan dan memudahkan penerimaan pengguna terhadap produk tanaman, ternakan dan akuakultur di bawah satu pensijilan
  • GAP lebih komersil dan tidak mengelirukan pengguna dan pengusaha berbanding SALM, SPLAM dan SALT
  • Memudahkan dan mengurangkan kos promosi memandangkan pengguna telah mengetahui secara meluas berkaitan produk GAP
            Hala tuju
  • Meningkatkan bilangan ladang yang mendapat pensijilan MyGAP bagi menggalakkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport
  • Meningkatkan kesedaran dan permintaan pengguna terhadap produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan serta mempunyai logo MyGAP
  • Meningkatkan daya saing produk pertanian Malaysia di peringkat antarabangsa
  • Penandaarasan dengan skim pensijilan GAP antarabangsa seperti ASEAN GAP dan GlobalGAP