Percubaan Eksport dan Mencuba Rasa Nanas Yang Diproses Secara Minimum Percubaan Eksport dan Mencuba Rasa Nanas Yang Diproses Secara Minimum

Percubaan Eksport dan Mencuba Rasa Nanas Yang Diproses Secara Minimum di Perth, Australia Barat, 30 Jun - 8 Julai 2011

 

Konsainan pertama nanas Malaysia yang diproses secara minimum tiba di Perth, Australia pada 30 Jun 2011 bersama-sama pasukan penyelidikan MARDI, Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia, FAMA dan LPP. Produk tersebut telah diluluskan sehari kemudian berikutan piawaian pematuhan yang tinggi yang ditetapkan oleh Biosecurity Australia.

Dengan bantuan pengimport tempatan, Kongs Trading Pty Ltd, ujian kualiti produk dan aktiviti mencuba rasa oleh pengguna dua jenis nanas , Josapine dan MD2 telah berjaya dijalankan di lokasi-lokasi berikut:

  1. Gudang Kongs Trading, Kewdale;
  2. Kongs Trading Asian Supermarket, East Victoria Park;
  3. Oriental Cash and Carry, Canning Vale;
  4. Love and Care Restaurant;
  5. Mahsuri Cafe;
  6. Insan cafe; dan
  7. Bintang Restaurant
 

Pencapaian Utama:

Maklum balas pengguna sangat menggalakkan dengan 97% memberikan komen positif untuk kedua-dua jenis, Josapine dan MD2. Sistem pembungkusan pilihan ialah pek berbentuk bulat dengan penutup filem melekat dan harga indikatif yang dipersetujui untuk pek 200g adalah antara AUD2.00 ke AUD2.50.

Kualiti produk adalah sangat baik sepanjang hayat simpan (14 hari dari tarikh pembungkusan). Pengangkutan udara disyorkan untuk memendekkan masa pengangkutan dan membolehkan produk berada di pasaraya lebih lama.

Kong's Trading Pty Ltd menyatakan minat untuk mengimport dan menjual nanas ini di pasaraya miliknya. Oceania Food Pty Ltd juga berminat mengedarkan produk ini ke pelbagai restoran.

 

Pasukan penyelidikan dari Malaysia disertai oleh Kaunselor Pertanian Sydney.

 

Mencuba rasa produk dan menemubual pengguna.

 

Produk dalam dua jenis serta dua kaedah pembungkusan.

 

Ujian kualiti produk dijalankan setiap hari di semua lokasi.

 

Produk sudah dijual di pasaraya.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon