PENGENALAN Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan. SKOP PROGRAM Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut : - Tanaman
- Ternakan
- Perikanan
- Industri Asas Tani
- Agropelancongan
- Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri
KATEGORI PROGRAM 1. Projek Permulaan - Belum memulakan projek
- Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum
- Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA
2. Projek Pengembangan - Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
- Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
- Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut : - Warganegara Malaysia
- Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun
- Tidak mengira latar belakang pendidikan
- Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan
- Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.
Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja. |