Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

  1. Apa itu myGAP?
 

myGAP ialah Malaysian Good Agricultural Practice iaitu satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini dibangun berpandukan Malaysia Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).

   
  1. Apakah kelebihan myGAP?
 

Kelebihan pensijilan myGAP ialah:

  1. Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
  2. Produktiviti pengeluaran meningkat.
  3. Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
  4. Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
  5. Memelihara alam sekitar.
  6. Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang.
   
  1. Siapakah yang boleh memohon dan bagaimanakah hendak memohon myGAP?
 

myGAP boleh dimohon oleh:

  1. Persendirian
  2. Syarikat swasta
  3. Agensi / Badan Berkanun

Pemohon boleh memohon melalui Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Malaysia (Sila rujuk Pejabat Pertanian Daerah berpandukan alamat ladang pertanian yang diusahakan).

   
  1. Apakah proses pensijilan yang terlibat?
 

Proses pensijilan melibatkan beberapa peringkat seperti berikut;

  1. Permohonan - Pastikan borang permohonan beserta lampiran yang lengkap, dan memastikan ladang telah dan akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 6 bulan. Ini bagi memastikan sampel hasil boleh diambil dalam tempoh tersebut bagi mengurangkan masa menungggu untuk mendapat pensijilan.
  2. Pemeriksaan tapak - dijalankan oleh pegawai teknikal bagi memastikan kawasan yang diusahakan adalah selamat, tidak berdekatan dengan sebarang punca yang boleh menyebabkan hasil tanaman tercemar, tidak menyumbangkan kepada hakisan tanah terutama di kawasan bercerun dan mempunyai sumber air yang tidak tercemar untuk aktiviti pertanian.
  3. Audit dalam dan Audit luar-bagi memastikan petani menjalankan amalan pertanian yang baik serta mematuhi keperluan pensijilan, contohnyai mengutamakan pengurusan perosak bersepadu sebelum menggunakan racun.  Sekiranya racun digunakan hendaklah menggunakan racun yang berdaftar, mengikut syor yang ditetapkan pada label, bekas racun di lupus dengan cara yang betul dan lain-lain.
  4. Analisis racun perosak, logam berat dan mikrobiologi- bagi memastikan hasil pertanian yang dikeluarkan adalah selamat dimakan.
  5. Kelulusan Pensijilan- akan diberikan sekiranya pengusaha telah lulus semua peringkat pemeriksaan tapak, audit luar, audit dalam dan analisis sampel.
   
  1. Siapakah yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut berkaitan myGAP?
 

Sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi:

Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian
Aras 7, No. 30 Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8870 7639
Emel : mygapmyorganic@gmail.com
Laman web: http:www.doa.gov.my

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon