Unit Integriti Unit Integriti

Visi

Integriti Tunggak Kejayaan Transformasi Pertanian.

Misi

Memantapkan integriti warga kementerian agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.

 

Objektif

Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti, meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan optimum.

Unit Integriti menjalankan lima (5) fungsi utama iaitu :

1. Tatatertib

  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.

 

2. Pengukuhan Integriti

  • Merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi.
 

3. Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.
 

4. Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan

  • Pengurusan Aduan bermaksud pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan. Sehubungan dengan itu, pengurusan aduan yang cekap adalah perlu dilaksanakan oleh pegawai yang ditempatkan di Sub-Unit Pengurusan Aduan. Fungsi-fungsi yang dijalankan di bawah Pengurusan Aduan adalah tidak terbatas kepada menyelia dan memantau pengurusan penerimaan aduan, tetapi pegawai-pegawai UI yang ditempatkan di Sub-Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan. UI bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
 

5. Pentadbiran

  • Urusan penyediaan Bajet Tahunan Unit, Mesyuarat JPKA & JKPAK, urusan penyewaan dan bil mesin air / fotostat, penyediaan Takwim Tahunan, Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan/ Pengurusan Unit/ Keselamatan Bangunan, Sistem Profil Latihan (SPL) pegawai & kakitangan, Sistem Pengurusan Stor (Stor kecil), HRMIS, urusan rekod klasifikasi fail unit (DDMSMOA), aduan penyenggaraan bangunan, urusan tempahan penggunaan Bilik Mesyuarat (Sistem EKRIS), Pengurusan kenderaan kerajaan UI, Penyeliaan Kad Perakam Waktu.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses semua maklumat atau aduan berkaitan jenayah rasuah, salahguna kuasa dan pelanggaran tatakelakuan yang diterima untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak berkaitan dalam tempoh dua (2) hari.
  2. Melaksanakan tugas pengesahan dan pengesahan maklumat atau aduan diterima melalui Kertas Penyiasatan Dalaman dan Kertas Pemeriksaan Awal dibuat secara objektif, teliti dan menyeluruh dalam tahun semasa.
  3. Menyiapkan Fail Tatatertib untuk dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib berkaitan untuk pertimbangan dalam tempoh tiga (3) minggu bergantung kepada kerjasama ketua jabatan, pegawai terlibat dan dokumentasi.
  4. Menganjurkan program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah yang melibatkan program sehari atau lebih akan diuruskan dan dilaksanakan sehingga selesai dalam tempoh tiga (3) minggu.
  5. Menjayakan program atau memberi khidmat nasihat berkaitan pencegahan rasuah dan Tadbir Urus secara menyeluruh dan berkesan melalui Strategi Lautan Biru (NBOS).
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon