Unit Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat

Visi

Menjadi pakar rujuk mengenai publisiti untuk kementerian pertanian dan industri asas tani, jabatan dan agensi.

 

Misi

Berkhidmat kepada kementerian pertanian dan industri asas tani, jabatan dan agensi di bawahnya dalam penyebaran maklumat secara meluas serta berkhidmat kepada orang awam dengan melayan pertanyaan serta aduan mereka dan menyalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

 

Objektif Umum

Memelihara dan meningkatkan imej kementerian melalui strategi perhubungan awam yang teratur.

 

Objektif Operasi

  • Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
  • Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
  • Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
  • Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Fungsi

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
  • Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian, Jabatan dan Agensi.
  • Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian.
  • Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian, Jabatan dan Agensi.
  • Membantu Kementerian dalam urusan penerbitan bahan-bahan bercetak.
  • Menyelaras permohonan lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian.
  • Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
  • Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

  1. Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian/ Jabatan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan :
 Surat Kepada Pengarang (SKP)  24 hingga 72 jam bekerja          
 Sistem aduan online/emel/blog  14 hari bekerja
 SMS/Telefon/Surat/Faks  14 hari bekerja
 Hari Bertemu Pelanggan/Hadir  14 hari bekerja
 Biro Pengaduan Awam (BPA)  5 hari bekerja
 Web 1 Malaysia  10 hari bekerja
 PEMUDAH/Portal MyGovt   3 hari bekerja
 Siasatan lanjut (semua saluran)  Tidak melebihi 30 hari
 Pertanyaan awam  4 hari bekerja

 

  1. Memastikan promosi dan publisiti bagi setiap aktiviti dan program Kementerian/Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaksanakan dengan meluas, jelas dan tepat melalui :
 Flyer  1 minggu sebelum majlis
 Bunting/Banner                1 minggu sebelum majlis
 Iklan  2 minggu sebelum majlis

 

  1. Memantau dan mengemaskini isi kandungan laman web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam masa 3 hari bekerja.
  2. Memastikan Nota Kepada Pengarang (Jemputan Media) dibuat 1 hari sebelum program/aktiviti dilaksanakan.

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon