Unit Perpustakaan Unit Perpustakaan

Latar Belakang

  • Perpustakaan kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merupakan antara Perpustakaan Khusus paling awal ditubuhkan iaitu pada tahun 1905. 
  • Ketika itu Perpustakaan Kementerian Pertanian berfungsi sebagai biro penerangan hal-hal berkaitan pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Agriculture Federated Malays States).
  • Beberapa Unit Perpustakaan turut ditubuhkan dengan tertubuhnya Jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Pertanian antaranya :
  • Jabatan Parit dan Tali Air (1932)
  • Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh (1953)
  • Pusat Teknologi Makanan Serdang (1966)
  • Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (1968).
  • Peranan Perpustakaan Kementerian juga semakin berkembang selepas Kementerian Pertanian ditubuhkan pada tahun 1955.
  • Pada tahun 2005, Perpustakaan MOA telah dipindahkan ke bangunan baru di Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya selepas sekian lama beroperasi di Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Objektif

  1. Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Industri Asas Tani kepada kakitangan MOA dan penyelidik.
  2. Menggalakkan Budaya Membaca dan Mencintai Ilmu Pengetahuan dalam kalangan kakitangan MOA.

 

Fungsi

  1. Membina dan Memperkaya Koleksi Sumber Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
  2. Mengumpul, Mendokumentasi dan Menyebarkan Koleksi Perpustakaan dalam Bidang Pertanian dan Industri Asas Tani bagi Menyokong Pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara (DAN).
  3. Pusat Repositori Terbitan-terbitan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Piagam Pelanggan

  1. Membekalkan maklumat yang tepat dan terkini mengikut keperluan pengguna dalam masa tiga (3) hari.
  2. Memproses bahan mengikut format dan Standard Antarabangsa bagi menyokong Pangkalan Data Kebangsaan dalam masa tiga (3) hari.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Tekun Nasional icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon