Taman Pertanian Malaysia, Selangor No. Tel: 03 5510 0922 Dengan Keluasan 817 hektar, Taman Pertanian Malaysia yang terletak di Bukit Cerakah, Shah Alam dipenuhi dengan pelbagai species flora dan fauna termasuk ratusan species herba yang unik. Pengunjung berpeluang untuk mengunjungi pelbagai taman seperti Taman Buah-buahan Tropika dan Taman Rempah Ratus serta Rumah Iklim Empat Musim. Pengunjung juga disediakan dengan pelbagai kemudahan riadah seperti berkhemah, memancing, merentas hutan, berkayak serta berbasikal. Tarikan baru di Taman Pertanian Malaysia ini adalah aktiviti Paintball dan Skytrex Adventure. Taman Pertanian Malaysia juga menyediakan kemudahan penginapan seperti chalet, rumah – rumah persinggahan serta pelbagai kemudahan seminar dan kursus. Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang Perlis No. Tel: 019 4704388 Ladang Nipah Kipli merupakan ladang nipah berkonsepkan riadah dan santai. Dengan lebih 2,000 pokok nipah, pokok cermai, pokok mempelam dan pokok kelapa menjadikan suasana ladang redup dan selesa. Pengunjung berpeluang untuk bersantai di bawah rimbunan pokok nipah di samping menikmati minuman nira segar, jeli nira dan laksa Perlis di Restoran Mini. Pengunjung juga akan dibawa melawat ladang dan diberikan pendedahan tentang teknologi penanaman nipah. Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah No Tel: 04 953 2550 Pengunjung berpeluang untuk melawat ke ladang buah – buahan tempatan dan sayur – sayuran di samping menikmati buah – buahan segar. Terdapat 20 jenis buah – buahan yang ditanam dengan pelbagai peringkat umur. Jenis buah – buahan dibahagikan kepada jenis bermusim dan tidak bermusim seperti durian, rambutan, mangga, belimbing, ciku dan sebagainya. Dusun buah – buahan menjadi tarikan utama pelawat di mana mereka terus dibawa ke sana dan memetik sendiri buah – buahan dan merasa suasana sebenar di ladang. Selain itu, teman ini menyediakan kemudahan aktiviti – aktiviti riadah seperti perkhemahan, berbasikal dan memancing. Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah No. Tel : 04 457 2117 Chalet Terapung PPK Merbok diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok terletak 5 KM dari Pekan Kuala Kedah. Tarikan utama di chalet ini adalah aktiviti memancing ikan di sangkar – sangkar ikan atau pun memancing di Kuala Sungai Merbok. Perkhidmatan bot disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk memancing atau menyusuri Sungai Merbok. Chalet ini menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan dewan untuk bermesyuarat. Pengunjung juga ditawarkan pakej ke Pulau Songsong, Pulau Ular, Pulau Bidan dan Tukun Terendak serta Pakej ke Tanjung Dawai untuk membeli produk – produk laut tempatan serta menikmati makanan – makanan laut yang segar. Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang Kedah No. Tel : 04 786 9878 Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang terletak 38 KM dari bandar Alor Setar dan merupakan satu – satunya pusat memproses madu lebah asli oleh FAMA. Pengunjung berpeluang untuk melihat kaedah pemprosesan madu lebah asli (pembungkusan, pelabelan, penggredan) dan ujian ketulenan madu lebah dilaksanakan. Pengunjung juga boleh membeli produk – produk berasaskan madu di Pusat Jualan Madu Lebah. Pusat ini juga menyediakan pakej ekspedisi memungut madu lebah tualang di Tasik Pedu dan Empangan Ulu Muda dengan harga RM350/orang bagi pakej 2 hari 1 malam. Ladang Mempelam MOA Inc., Tobiar, Pendang Kedah No. Tel: 04 772 8255 Ladang Mempelam MOA. Inc. adalah sebuah pusat pengumpulan, pemprosesan, penggredan dan pemasaran buah mempelam jenis Tobiar Gold (Chok Anan MA224). Ladang ini juga merupakan pusat penetasan dan asuhan ikan tilapia serta ternakan lembu fidlot dan kerbau. Pengeluaran buah adalah pada bulan Mei – Ogos setiap tahun dan para pengunjung boleh menikmati kesegaran buah mempelam tarus dari ladang. Pengunjung bukan sahaja dapat melawat ladang tetapimempelajari teknologi penanaman mempelam, pembenihan ikan tilapia dan perternakan lembu fidlot dan kerbau. Selain daripada pengeluaran produk – produk berasaskan mempelam dengan menggunakan puri buah mempelam Chok Anan seperti kordial, jem, sos dan halwa. Ladang Mempelam MOA Inc. ini telah diiktiraf oleh Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SLAM) dan Malaysia’s Best. Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang No. Tel: 05 491 1255 Terletak di Cameron Highlands menjadikan Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands sebagai destinasi yang mesti dikunjungi kerana pengunjung dapat melihat penanaman sayur – sayuran, buah – buahan dan bunga – bungaan beriklim sederhana menggunakan teknologi terkini. Taman agroteknologi ini juga mempunyai taman – taman mini untuk kunjungan pengunjung seperti Taman Inggeris, Taman Herba, Taman Ros, Taman Orkid dan juga test bed Ladang Strawberi. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang No. Tel: 09 581 9087 Pusat Penerangan dan Santuari Penyu (PPSP) Cherating terletak 51 KM dari Kuantan dan telah beroperasi sejak 2 Januari 1998. Pusat ini berfungsi sebagai sebuah pusat pemuliharaan, penetasan, perlindungan, penyebaran maklumat awam, pembelajaran, penyelidikan spesies penyu dan pelancongan. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating ini telah di isytiharkan sebagai salah satu produk pelancongan bagi tahun melawat Malaysia 2007 oleh kerajaan negeri Pahang. PPSP menawarkan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung seperti program penetasan penyu, pelepasan anak penyu, penghayatan penyu dan perkhemahan. Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu No. Tel: 09 690 2245 Peladang Setiu Agrotourism & Resort merupakan pusat peranginan yang jauh daripada kesesakan kota yang menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi dan lokasi yang menarik seperti kebun buah – buahan, taman herba, ternakan haiwan dan gerai jualan hasil – hasil pertanian. Selain itu, sebanyak 58 chalet dan 3 buah asrama disediakan untuk kemudahan penginapan para pengunjung dengan kemudahan restoran terapung dan agro CafĂ©. Peladang Setiu Agrotourism & Resort juga menawarkan pakej – pakej seminar dan kursus dengan harga yang berpatutan. Taman Pertanian Sabah No. Tel: 088 258 529 Taman Pertanian Sabah yang terletak di daerah Tenom mempamerkan pelbagai tumbuhan tropika dari dalam dan negeri yang unik. TPS mempunyai pelbagai tarikan yang boleh dinikmati oleh pengunjung seperti Taman Orkid Borneo, Pusat Madu Lebah, Taman Evolusi serta Taman – taman Hiasan. Pengunjung juga berkesempatan untuk menjalankan aktiviti riadah seperti berbasikal, memancing dan menaiki tren mengelilingi TPS |