• YBM Baru
  • img5
  • img5
  • img5
  • img3
  • img6
  • img3
  • img4

PENGUMUMAN

Kenyataan Sebutharga : Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Bagi Server Storage dan Perisian Maya Bagi Tempoh Dua (2) Tahun di Pusat Data, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Info Lanjut]

 

Kenyataan Sebutharga : Kerja-kerja Membaikpulih Bumbung Parkir Kereta Di Hadapan Kompleks Pejabat IADA Barat Laut Selangor, Daerah Kuala Selangor, Selangor.

[Info Lanjut]

 

Permohonan Online Kemasukan Pelatih Ke Institusi Latihan Pertanian (PLKPK) Bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

[Info Lanjut]

 

Iklan Tender : Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Pintu Air Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Skim Pengairan Sg. Manik Dan Skim Pengairan Labu Kubong, Perak.

[Info Lanjut]

 

Stylish Announcements Stylish Announcements

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
     
PROGRAM & PROJEK    
     
Projek Pembangunan Industri Asas Tani    
     

Program yang dilaksanakan oleh LPNM ini merupakan suatu pendekatan mewujudkan seramai mungkin usahawan selaras dengan Program Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

1. Program Mini Kilang

  • Dibangunkan bagi menyalurkan teknologi pembuatan dan pembungkusan produk-produk berasaskan nanas kepada usahawan dan bakal usahawan.
  • Menyediakan kemudahan dalam pengeluaran dan penghasilan produk bagi tujuan promosi.
  • Perkhidmatan / Bantuan yang disediakan
    (a) Latihan Praktikal kepada usahawan
    (b) Khidmat pembungkusan produk

    2. Program Satelit Inkubator
  • Proses pengujudan usahawan berasaskan teknologi dengan penggunaan nanas sebagai bahan utama.
  • Dilaksanakan samada melalui konsep kelompok yang terdiri dari penanam-penanam nanas atau individu yang berkeupayaan dan menepati syarat-syarat tertentu.
  • Usahawan yang terpilih akan ditempatkan di Inkubator ini dalam suatu jangka masa tertentu dan sepanjang berada di Inkubator, usahawan yang terlibat akan diberi bimbingan dan bantuan tertentu.
  • Sepanjang RMK9, sebanyak 5 Inkubator akan dibina iaitu di Johor, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.
  • Perkhidmatan / Bantuan yang disediakan
    (a)Menyediakan infrastruktur asas seperti tanah, bangunan dan peralatan
    (b)Membantu dalam menyediakan beberapa saluran pasaran
    (c)Membantu usahawan dalam mendapatkan kemudahan kredit daripada lain-lain agensi kerajaan dan institusi kewangan

3. Program Pembangunan Usahawan

  • Memberi tumpuan dan penekanan dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran usahawan dalam semua aspek berkaitan dengan ilmu keusahawanan melalui kursus, ceramah, seminar, latihan sampingan dan lawatan sambil belajar.
  • Perkhidmatan / Bantuan yang disediakan
    (a) Kursus
    (b) Ceramah
    (c) Seminar
    (d) Kursus Sampingan
    (e) Lawatan Sambil

4. Program Pembangunan Produk

  • Meliputi kajian menyeluruh peningkatan hasilan tradisional, produk-produk baru, formulasi produk dan pengendalian pemprosesan makanan.
  • Merangkumi aktiviti-aktiviti keseluruhan ke arah mempertingkatkan kualiti sesuatu produk seperti penggunaan peralatan dan mesin yang sesuai, kaedah pembungkusan yang betul dan aspek-aspek keselamatan makanan.
  • Perkhidmatan / Bantuan yang disediakan
    (a)Ujian mikrobiologi dan nutrisi sesuatu produk
    (b)Kaedah rekabentuk pembungkusan produk

5. Pusat Pengumpulan dan Pembungkusan Segar

  • Penyediaan bangunan dan peralatan untuk pembungkusan nanas segar terutamanya bagi tujuan ekspot keluar negara dan juga penggunaan dalam negara. Ia tertumpu di kawasan berkelompok melebihi 500 ekar.
  • Pusat ini juga bertanggungjawab dalam melaksanakan kajian lepas tuai ke atas pelbagai varieti nanas termasuk nanas "ornamental".
  • Perkhidmatan pengumpulan, penggredan, perlabelan dan pembungkusan buah nanas untuk pasaran domestik dan eksport