• img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img

PENGUMUMAN

MAJLIS KONVOKESYEN PERTANIAN KE 4, 2014 AKAN DIADAKAN PADA 30 OKTOBER 2014 (KHAMIS), DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE(PICC) PUTRAJAYA. (Semua graduan boleh memperolehi salinan surat jemputan yang boleh dimuat turun dari laman web www.moa.gov.my pada 18 September 2014).

 

SLOT "15 SAAT BERSAMA MOA" DI SIARAN TV3 : Kementerian ingin menjemput usahawan-usahawan yang berminat dan mempunyai perusahaan dan produk berpotensi untuk terlibat dalam program ini.

[Info Lanjut]

 

PEMBERITAHUAN PERPINDAHAN PEJABAT PEMBANGUNAN HERBA (HDO) KE BANGUNAN GALERIA PJH

[Info Lanjut]

 

SISTEM ADUAN RASUAH DAN TATAKELAKUAN (SART)

[Info Lanjut]

 

Dimaklumkan bahawa BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN (BPSP) telah berpindah ke Bangunan Galeria PJH yang beralamat Aras 2, Galeria Putrajaya, No.29 , Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4 62570 Putrajaya. Buat masa ini talian telefon masih belum beroperasi.

 

Penetapan Harga Belian Padi yang Seragam di Semenanjung Malaysia Pada Kadar RM1,200/MT

[Info Lanjut]

 
MASALAH NELAYAN PERLU DIPANDANG SERIUS

Persatuan Peniaga Jaring dan Peralatan Perikanan Malaysia menyeru Kerajaan supaya prihatin terhadap tiga masalah besar yang dihadapi nelayan tempatan serta diberi bantuan dan formula penyelesaian. Nelayan tempatan selain menghadapi masalah persekitaran dan cuaca, dasar yang tidak sempurna, gangguan unit penguatkuasa dan lanun negara jiran juga membawa risiko kepada operasi harian nelayan. Masa sudah sampai untuk Kerajaan melaksanakan rombakan terhadap Jabatan Perikanan dan industri perikanan tempatan. Operasi Jabatan Perikanan, peruntukan, pinjaman dan subsidi kepada nelayan haruslah lebih telus. Nelayan jua perlu dibantu dalam pengeksportan hasil laut ke negara ┬┐negara Eropah bagi memperbaiki kehidupan mereka. Tanpa masalah-masalah tersebut hasil laut pasti bertambah dan pengguna tempatan dapat membeli ikan dengan harga yang lebih murah.

Akbar : Sin Chew Daily / Muka Surat : 33 / tarikh : 21 Jun 2010

Maklum Balas
Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di akhbar Sin Chew Daily (muka surat 33) bertarikh 21 Jun 2010 mengenai Masalah nelayan perlu dipandang serius adalah berkaitan.

Penahanan Vesel nelayan Malaysia oleh Pihak Berkuasa Jiran

Untuk makluman, mengikut rekod Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah aduan yang diterima berhubung dengan penahanan vesel menangkap ikan Malaysia oleh pihak berkuasa negara jiran adalah empat dan enam buah masing-masing pada tahun 2008 dan 2009. Insiden ini biasanya meningkat menjelang dua hingga tiga bulan sebelum sambutan Hari Raya Puasa. Kebanyakan kes melibatkan vesel nelayan Perak dan diikuti oleh Kedah, Selangor, Pahang dan Terengganu. Lokasi penahanan vesel berlaku di perairan sempadan Malaysia dan negara jiran terutamanya di perairan Pulau Perak (Pantai Barat Sem. Malaysia) dan perairan Pulau Natuna (Pantai Timur Sem Malaysia.

Kebiasaanya pemilik vesel tidak berminat membuat laporan polis kerana mereka akan berusaha untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan pihak berkuasa negara jiran melalui agen-agen yang dilantik oleh mereka. Dengan itu, Jabatan Perikanan Malaysia tidak dapat mengambil tindakan untuk membantu pemilik yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai rekod rasmi. Setelah pemilik vesel tidak dapat menyelesaikan kes tersebut atau tidak dapat semula vesel setelah bayaran dibuat, maka barula mereka melaporkan kepada pihak berkuasa Malaysia. Ini adalah merupakan antara faktor yang menyebabkan kelewatan tindakan yang diambil pleh pihak berkuasa susulan.

Bagi kes-kes di mana laporan polis telah dibuat oleh pemilik vesel, maka Jabatan Perikanan akan menghubungi Wisma Putra bagi mendapatkan perlepasan vesel dan nelayan-nelayan terlibat di samping menghubungi pihak Agensi Maritim Malaysia untuk tindakan susulan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan menasihatkan pemilik-pemilik vesel yang terlibat dalam kes seumpamam ini supaya membuat laporan polis dengan segera agar kerajaan Malaysia dapat membawa perkara tersebut kepada perhatian pihak kerajaan negara jiran yang terlibat.

Kerajaan tidak membantu nelayan dalam memahami masalah dan keperluan Kesatuan Eropah (EU) bagi kemudahan penyejukan

Bagi kemudahan penyejukan termasuk bilik sejuk, ianya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semua syarikat atau pengusaha yang memiliki bilik sejuk dan berminat untuk mengeksport ikan dan hasilan ikan ke Negara EU, mereka perlu mengemukakan permohonan mereka kepada pihak KKM untuk didaftarkan. Pihak KKM akan membuat pengauditan dan sekiranya kemudahan bilik sejuk berjaya mematuhi segala syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh EU, maka pihak KKM akan mengeluarkan sijil kelulusan. Di antara kriteria penting yang perlu dipatuhi adalah bangunan bilik sejuk hendaklah mematuhi GMP (Good Managament Practise), suhu bilik sejuk hendaklah -18 C dan pensampelan ikan, hasilan ikan dan ais hendaklah dibuat secara berkala.

Dengan itu, Jabatan Perikanan ingin menyarankan kepada syarikat atau pengusaha yang berminat supaya mereka mendapatkan keterangan lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka juga dialu-alukan untuk hadir Mesyuarat Pasukan Petugas Pematuhan Syarat-Syarat Pengeksportan Hasilan Ikan ke EU di antara pihak kerajaan dan swasta yang diadakan setiap dua bulan sekali. Surat jemputan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada Presiden Persatuan Pengeksport Ikan Malaysia.


NAMA PENGADU : PERSATUAN PENIAGA JARING DAN PERALATAN PERIKANAN MALAYSIA