• img1
  • img2
  • img3
  • img4
  • img5

PENGUMUMAN

[Iklan Sebut Harga] Perkhidmatan Membekal dan Menyediakan Makanan Serta Minuman Bermasak Islam di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut, Perak.

[Info Lanjut]

 

Keputusan Sebut Harga bagi Tahun 2017 Bahagian Antarabangsa, MOA bagi Perkhidmatan Pembungkusan dan Penghantaran Barang-Barang Persendirian Pegawai dari Kediaman di Malaysia ke Pejabat Perwakilan/Atase Pertanian Luar Negara (Door to Door)

[Info Lanjut]

 

Makluman Penutupan Capaian ke Sistem Insentif Aplikasi Projek Pertanian (SIAPP) Disebabkan Proses Migrasi Data ke PDSA

[Info Lanjut]

 

[Iklan Tender] Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Bagi Tempoh Dua (2) Tahun.

[Info Lanjut]

 

Permohonan Online Ke Program Latihan Kemahiran Kebangsaan (PLKPK) Sesi Januari 2018.

[Info Lanjut]

 

Tinjauan Kepuasan Pelanggan bagi penilaian Indeks SSR 2017 menggunakan aplikasi MyPelanggan mulai 24 Julai - 31 Oktober 2017. Satu soal selidik telah disediakan dan mohon kerjasama pelanggan MOA/ Jabatan / Agensi mengisi dan menilai perkhidmatan yang diberikan.

[Info Lanjut]

 

Stylish Announcements Stylish Announcements

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 

 

     
Anasia Guna Ekstrak Nanas    
     
 

DALAM usaha mengkomersialkan khasiat nanas dan memberi manfaat kepada pengguna, Anasia merupakan satu inovasi baru diperkenalkan melalui rangkaian produk kosmetik dan penjagaan diri. Jenama keluaran tempatan ini menggunakan ekstrak jus nanas sebagai bahan aktif yang amat berkhasiat dalam penjaga an kulit kepada wanita khasnya. Pembangunan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan diri ini dihasilkan melalui program usaha sama antara Bahagian Pembangunan Produk Dan Hiliran dan Chemical Enggineering Pilot Plant, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Produk yang dihasilkan seperti pencuci muka, penyegar muka, krim siang, krim malam, skrub muka, mask, losyen, syampu, pencuci tangan dan gel mandian. Bromelain merupakan salah satu enzim proleolitik yang kian meluas digunakan dalam industri seperti membuat antibiotik, detergen, biomas dan sebagainya.

Penggunaan meluas enzim bromelain dalam kegunaan industri membolehkan buah nanas bersaing sebagai bahan utama di dalam penghasilan enzim tersebut bagi tujuan komersial.

Keseluruhannya di dalam setiap produk mengandungi 0.5 hingga dua peratus ekstrak jus nanas yang mana setiap ekstrak jus nanas yang dihasilkan mengandungi 5.0205 mg/ml enzim bromelein. Enzim yang terdapat juga dijangka mampu membantu menanggalkan sel mati di permukaan atas kulit dan dapat membantu memperbaiki struktur kulit agar kelihatan lebih segar dan awet muda.

Enzim bromelein dapat mengaktifkan aktiviti pencernaan protein dan memperbaiki sel kulit yang kasar agar kelihatan halus dan lembut serta sihat. Di samping itu, ia juga meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit bagi menghasilkan kulit yang lebih menawan sepanjang hari.

Dengan pembangunan rangkaian kosmetik dan penjagaan diri berasaskan ekstrak nanas ini, pihak LPNM berharap dapat menyokong industri nanas Malaysia dalam hasrat mempelbagaikan produk-produk industri berkualiti tinggi, seiring dengan hasrat kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas negara.