• img2
  • img3
  • img5
  • img6
  • img7

PENGUMUMAN

[Keputusan Sebut Harga] MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER UNTUK KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Penyelenggaraan Rangkaian Tanpa Wayar (WIFI) Di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bagi Tempoh Dua (2) Tahun.

[Info Lanjut]

 

Takwim Latihan MOA 2017.

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
     
ATASE, PEJABAT PERWAKILAN PERTANIAN (PPP)    
     
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini mempunyai 8 pejabat Perwakilan Pertanian di luar negara. Lokasi-lokasinya adalah di Rome, The Hague, Beijing, Tokyo, Bangkok, Sydney, Dubai dan Washington DC. Pejabat Perwakilan di The Hague dibuka pada Februari 2006 dan di Beijing pada November 2006. Ini diikuti dengan pejabat-pejabat di Tokyo dan Bangkok pada September 2007. Perwakilan di Sydney, Dubai dan Washington DC pula ditubuhkan pada bulan November/Disember 2007.

Tanggungjawab utama Kaunselor Pertanian di luar negara adalah untuk mendapatkan akses pasaran bagi hasil dan produk pertanian negara bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai enjin pembangunan ekonomi ke-3 negara. Objektif pejabat Kaunselor Pertanian adalah memposisikan produk pertanian dan industri asas tani Malaysia sebagai pilihan utama dalam pasaran global di samping mengenalpasti peluang-peluang pasaran serta bidang-bidang baru yang berpotensi yang boleh diterokai.

Strategi pelaksanaan yang diambil adalah melalui peningkatan kesedaran mengenai hasil dan produk pertanian Malaysia, peluasan akses pasaran dan pemantapan piawaian serta kualiti hasil serta produk Pertanian Malaysia.Program-program yang dilaksanakan oleh semua pejabat Kaunselor Pertanian adalah merangkumi promosi serta penjenamaan, jalinan kerjasama perdagangan, risikan dan kerjasama teknikal Pertanian. Setiap pejabat Kaunselor Pertanian perlu mengemukakan laporan-laporan berkala berhubung program-program tersebut. Maklumat yang diterima akan dianalisa bagi membolehkan Kementerian merangka dasar-dasar pembangunan sektor pertanian dengan lebih mantap dan berkesan.
  1. Rome, Itali
  2. The Hague, Netherlands
  3. Beijing, China
  4. Tokyo, Jepun
  5. Bangkok, Thailand
  6. Sydney, Australia
  7. Dubai, Emeriah Arab Bersatu
  8. Washington D.C., Amerika Syarikat