Aset ICT | Sebarang objek ICT yang mempunyai nilai kepada organisasi. |
Backup | Salinan fail atau program yang dijanakan untuk memudahkan proses pemulihan dijalankan. |
Business Impact Analysis | Analisa berkaitan keperluan sistem ICT, proses dan hubungankait antara keduanya yang digunakan untuk menyediakan system kontigensi dan keutamaan yang perlu diberikan semasa bencana. |
Change Management | Proses yang memastikan semua perubahan ke atas infrastruktur ICT ditaksirkan, ditentusahkan, dilaksanakan dan dikaji semula dalam keadaan terkawal untuk memastikan gangguan tidak berlaku. |
Dasar | Pernyataan peringkat tinggi mengenai prinsip, matlamat dan objektif termasuk juga cara-cara untuk mencapainya bagi subjek yang spesifik. |
Emel | Mesej yang dihantar secara elektronik. |
Impak | Hasil atau lanjutan dari sesuatu kejadian. |
Integriti | Keadaan di mana maklumat tersimpan mengikut cara yang dibenarkan dan tiada perubahan dilakukan yang menjadikan maklumat itu berlainan dari asal. |
Kawalan | Langkah-langkah penjagaan yang mana bila ia dilakukan dengan betul, akan mengurangkan risiko kemusnahan terhadap aset. |
Kerahsiaan | Keadaan di mana maklumat sensitif dikawal dan diberikan kepada pengguna yang sah sahaja. |
Keselamatan Fizikal | Prosedur kawalan yang wujud untuk menghalang penceroboh dari memasuki sistem atau prasarana. |
Ketersediaan | Keadaan di mana maklumat atau proses sentiasa boleh dicapai dan digunakan oleh pihak yang dibenarkan. |
Pengasingan Tugas | Pengasingan tugas dan tanggungjawab supaya tiada individu boleh mengsabotaj sistem kritikal yang dikendalikannya.Kakitangan MOA (Tetap, sementara, kontrak) atau pihak ketiga |
Pengguna ICT | (perunding, kontraktor, pembekal dan pembekal perkhidmatan) yang diberikan hak capaian kepada aset ICT MOA.Individu yang selain dari kakitangan MOA seperti perunding, |
Pihak Ketiga | pembekal, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan sebagainya.Kakitangan dari Agensi Kerajaan selain dari MOA juga diklasifikasikan sebagai pihak ketiga. |
Risiko | Kemungkinan untuk sesuatu terjadi yang boleh memberikan impak kepada objektifnya. |
Secure Areas | Kawasan di mana MOA menempatkan aset ICT yang sensitif dan kritikal seperti Pusat Data atau bilik pejabat yang mengandungi maklumat yang sulit. |
Shred | Cara-cara untuk ‘membersihkan’ media, dengan cara merincih atau menghancurkannya kepada bahagian yang kecil. |
Virus | Kod yang ditulis dengan niat jahat untuk memusnah cara computer bekerja tanpa kebenaran pengguna. |
Vulnerability | Kelemahan dari segi prosedur, senibina, implementasi dan kawalan dalaman yang boleh dieksploitasi hingga mengakibatkan pelanggaran aspek keselamatan atau dasar keselamatan. |