Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80 peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannya mengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa. Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan, memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkat di kawasan tadah hujan. Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras jenis ini, untuk memastikan tidak ada kontaminasi oleh jenis beras putih biasa, pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkan identiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkan petani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka.
Maklumat Projek : - Penanaman beras wangi berskala komersial di luar kawasan saliran untuk meningkatkan purata hasil negara, menggantikan import beras wangi dan menembusi pasaran beras organik.
- Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Jasmine MRQ76, Sime Darby, akan meningkatkan pengeluaran dari ladang perintis di Gedung ke kawasan lain.
- Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Basmati MRQ74, Infoculture Sdn Bhd, akan meluaskan pengeluaran dari ladang sawah di Langkawi ke Lanchang.
- MARDI akan membantu dari segi R&D untuk menghasilkan variety baru bagi beras wangi.
Pegawai yang boleh dihubungi :
En. Mohd Rizzuan Bin Shahrul Amri
Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian & IAT
No Telefon : 03-8870 1033
E-mel : rizzuan@moa.gov.my
Muat Turun :