• img
  • img

PENGUMUMAN

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak, Membekal Dan Menghantar Bahan-Bahan Promosi Untuk Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

[Info Lanjut]

 

Pertandingan Mencipta Pantun Patriotik: Semarak Merdeka.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebut Harga] Perkhidmatan Membina, Membekal, Memasang, Menghurai dan Membuka Semula Pavilion / Booth Untuk Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna, Mentauliah dan Menyelenggara Perkakasan Serta Membangunkan Sistem e-Pembelajaran (e-Learning) Untuk Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebut Harga] Perkhidmatan Penyelenggaraan Infrastruktur Rangkaian Tanpa Wayar (WI-FI) Di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi Tempoh Satu (1) Tahun.

[Info Lanjut]

 

Peringatan Integriti: AWAS!! RASUAH HIDANGAN DARI NERAKA.

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) More »
 
 
 
Bahagian Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

 

1    Apakah syarat untuk mengimport lembu dari Thailand?

Antara syarat yang diperlukan bagi mengimport lembu dari  Thailand ialah:

  • Memerlukan surat kebenaran mengimport dari Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
  • Memerlukan permit import dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

2    Adakah lembu yang diimport dari Thailand perlu dikuarantinkan? Jika perlu, berapa hari tempoh kuarantin?

Tindakan kuarantin adalah diperlukan selama 10 hari.  Bayaran bagi tempoh kuarantin adalah RM2.00 sehari bagi setiap ekor lembu.

3    Adakah anjing dan kucing yang diimport perlu dikuarantinkan? Jika perlu,berapa hari tempoh kuarantin?   

Anjing dan kucing yang diimport perlu dikuarantin.  Tempoh kuarantin tidak kurang dari 7 hari.

4    Adakah burung yang diimport perlu dikuarantinkan? Jika perlu,berapa hari tempoh kuarantin?   

Burung yang diimport perlu dikuarantin. Tempoh kuarantin tidak kurang dari 7 hari.

5    Adakah kuda yang diimport perlu di kuarantinkan? Jika perlu, berapa hari tempoh kuarantin?   

Kuda yang diimport perlu dikuarantinkan.
Tempoh kuarantin adalah bergantung kepada dari negara mana ianya diimport (berdasarkan Animal Ordinance 1953) :

  • tidak kurang dari 14 hari dari Negara berjadual (Schedule Countries : Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire, Northen Ireland, Singapore, Brunei, Japan dan Sweden)
  • Tidak kurang dari 30 hari dari Negara tidak berjadual (Non Schedule Countries : Selain daripada negara-negara di atas)


6    Apakah syarat untuk mengimport pisang segar dari Indonesia?  

Pengimportan pisang dari Indonesia tidak memerlukan permit import.  Tetapi ianya tertakluk kepada pemeriksaan kuarantin di pintu masuk.

7    Apakah syarat untuk mengimport serpihan kayu (woodchip)?   

Antara syarat yang diperlukan untuk mengimport serpihan kayu ialah

  • Memerlukan permit import dari Jabatan Pertanian Malaysia.
  • Memerlukan permit import dari Jabatan Alam Sekitar.

8    Apakah syarat untuk mengimport buah kelapa muda (fresh nut)?

Syarat yang diperlukanialah permit import dari Jabatan Pertanian Malaysia.

9    Apakah syarat untuk mengimport benih padi untuk ditanam dari Filipina?

Memerlukan permit import dari Jabatan Pertanian Malaysia.  Syarat-syarat akan dinyatakan dalam permit import, seperti tempoh kuarantin selepas masuk.

10    Apakah kesan kepada konsainan sekiranya alamat pengeksport pada permit import tidak sama dengan alamat pengeksport pada Sijil Fitosanitasi?  

Nama pengimport dan alamat mestilah sama pada kedua-dua dokumen. Kegagalan mematuhi syarat ini boleh menyebabkan konsainen tidak dibenarkan masuk.

11    Apakah tindakan yang diambil sekiranya tidak dinyatakan rawatan pada sijil fitosanitasi seperti yang diminta dalam permit import?   

Konsainan tidak dibenarkan masuk dan akan ditahan.

12    Di mana saya boleh mendapatkan borang untuk permohonan pengimportan baja organik?

Borang boleh didapatkan dari mana-mana pejabat MAQIS negeri, pintu masuk atau melalui laman web Jabatan Pertanian http://www.doa.gov.my.

 

Laman: 1  2