• cny
  • img1
  • img2
  • img5

PENGUMUMAN

Kenyataan Sebutharga : Kerja-kerja Penyelenggaraan Pejabat dan Kerja-kerja Berkaitan Di Pusat Kemajuan Peladang Batu 39, Daerah Sabak Bernam, IADA Barat Laut Selangor, Selangor.

[Info Lanjut]

 

Kenyataan Sebutharga : Kerja-kerja Penyelenggaraan Kompleks IADA Barat Laut Selangor Sungai Besar, Daerah Sabak Bernam, Selangor.

[Info Lanjut]

 

Iklan Pengisian Jawatan Secara Peminjaman/Kontrak Gred S41/S43/S44/S47/S48 Sebagai Pegawai Komunikasi Strategik, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Info Lanjut]

 

Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani).

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE- GMP)
 
PENGENALAN

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) telah diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak negara. Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan samada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan.

KRITERIA PERMOHONAN

Industri makanan yang memohon Sijil GMP perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan
  2. Mempunyai lesen atau kelulusan daripada kerajaan tempatan atau agensi kerajaan yang lain, dan
  3. Mempunyai manual GMP dengan kandungan minuman seperti dalam GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN GMP, dan
  4. Program GMP telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum permohanan dikemukakan.
PROSEDUR PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan borang SGMP1-1/06 yang diperolehi daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atau Jabatan Kesihatan Negeri-negeri.

Borang tersebut dilengkapi dan dikemukakan bersama-sama dua (2) salinan Manual GMP dan bayaran pemprosesan sebanyak RM 130.00 ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

PROSEDUR PENSIJILAN
  1. Peringkat Semakan Borang Permohonan
  2. Audit Pematuhan
  3. Audit Pemantauan
  4. Jawatankuasa Pensijilan GMP
Segala maklumat boleh diperolehi daripada Garis Panduan Skim Pensijilan GMP

Tempoh sahlaku sijil GMP adalah tiga (3) tahun daripada tarikh sijil dikeluarkan dan pembaharuan perlu dikemukakan dengan borang serta bayaran pembaharuan sijil.
 
Muat turun
Skim Pensijilan GMP (pdf, 46Kb)
Borang GMP (pdf, 273KB)