1. Bagaimana untuk mengenal pasti dan menyewa atau memajak tanah bagi tujuan pertanian? Pengusaha yang berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian boleh mengenal pasti dan memohon untuk menyewa atau memajak tanah di Pejabat Tanah dan Galian di setiap negeri. Selain itu, MOA juga menjalankan program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian di setiap negeri. Setiap pengusaha akan diberikan sekurang-kurangnya 2 hektar tanah bagi tanaman sayur dan 5 hektar tanah bagi tanaman buah. Permohonan untuk menyertai program ini perlu dikemukakan kepada Jabatan Pertanian Negeri yang berkenaan. 2. Bagaimana untuk memohon pekerja asing untuk bekerja dalam sektor pertanian? Pengambilan pekerja asing dibuat secara One Stop Centre di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majikan perlu mendaftar di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dan membuat pendaftaran secara manual, atau melayari laman web di alamat http://www.mohr.gov.my dan mengisi Borang Pendaftaran Tempat Pekerjaan secara on-line. 3. Bagaimana untuk memohon perlanjutan tempoh pekerja asing yang telah berkhidmat selama 5 tahun? Pekerja asing yang telah berkhidmat selama 5 tahun dianggap sebagai pekerja mahir. Bagi sektor pertanian, penilai tahap kemahiran pekerja asing dijalankan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Majikan boleh memohon secara online di http://www.natc.moa.org atau datang sendiri ke Aras 3, Blok Menara, MOA. 5. Apakah ciri-ciri projek yang boleh boleh dilaksanakan di bawah konsep MOA Inc.? Projek yang dilaksanakan perlulah berdaya maju dan mampu untuk berterusan, mempunyai plan bisnes dan plan pemasaran yang boleh dilaksanakan, bersaiz ekonomik dan komersil, diuruskan oleh seorang Pengurus Projek serta berpotensi untuk mendapatkan pensijilan kualiti dan keselamatan makanan seperti Sijil Organik Malaysia (SOM) dan Sijil Amalan Ladang Baik Malaysia (SLAM). 6. Bagaimana untuk memohon mendapatkan pengiktirafan MOA Inc.? Pengusaha pertanian yang berminat untuk mendapatkan pengiktirafan MOA Inc. boleh membuat permohonan melalui Jabatan Pertanian Negeri untuk dipertimbangkan. 7. Apakah Kuota Mengimport Kobis Bulat? Pengeluaran Kuota Import Kobis Bulat adalah selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Import) 1998. Syarikat yang berminat untuk mengimport kobis bulat perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran kuota tersebut adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara-cara untuk memohon boleh didapati di laman web FAMA http://www.famaxchange.org di bawah menu perkhidmatan dan sub menu kawalan dan pengembangan pasaran. 8. Apakah Kuota Mengimport Biji Kopi Mentah? Pengeluaran Kuota Import Biji Kopi Mentah adalah selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Import) 1998. Syarikat yang berminat untuk mengimport biji kopi mentah perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran kuota tersebut adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara-cara untuk memohon boleh didapati di laman web FAMA http://www.famaxchange.org di bawah menu perkhidmatan dan sub menu kawalan dan pengembangan pasaran. 9. Apakah perkhidmatan sokongan atau bentuk bantuan yang disediakan oleh MOA dalam bidang ternakan? Perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh MOA melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) kepada individu / bakal penternak / penternak termasuk khidmat nasihat teknikal, latihan, bimbingan dan pengembangan kemahiran penternak, program kesihatan dan lawatan ladang berjadual bagi membantu mereka berjaya dalam bidang perusahaan ternakan. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan sokongan tersebut boleh diperoleh di laman web JPH http://www.dvs.gov.my 10. Apakah skim-skim yang disediakan oleh MOA bagi membantu melaksanakan projek penternakan kambing/lembu? Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan/kemudahan berupa pinjaman kewangan, insentif serta khidmat teknikal kepada para penternak yang terlibat secara aktif dan sepenuh masa dalam bidang usaha penternakan lembu pedaging khususnya secara integrasi dalam ladang kelapa sawit. Antaranya adalah Skim 3F yang disediakan menerusi Bank Pertanian Malaysia. Skim ini sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa bertujuan untuk memberi kemudahan kewangan kepada para penternak. Dalam konteks ini, pendekatan dan pelaksanaan projek di bawah konsep MOA Inc. menyediakan pinjaman kewangan pada kadar faedah serendah 3.75% melalui Agrobank. Kerajaan turut menyediakan insentif seperti Skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST) serta Skim Pinjaman Baka Baik Pejantan khusus untuk bidang usaha penternakan lembu pedaging. Di bawah Skim TRUST, penternak yang berkelayakan berpeluang mendapatkan pinjaman tanpa faedah dalam bentuk ternakan (induk betina dan baka pejantan). Di samping itu, bantuan perkhidmatan teknikal dan klinikal serta runding cara ekonomi ternakan disediakan secara percuma kepada semua penternak dalam usaha meningkatkan daya saing dan program transformasi pengusaha komersil. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep MOA Inc.? Konsep MOA Inc. adalah pengiktirafan yang diberikan kepada projek-projek pertanian yang dilaksanakan oleh individu atau syarikat oleh MOA. Pengiktirafan ini memberikan beberapa kemudahan kepada individu atau syarikat terbabit terutamanya dari segi untuk mendapatkan pinjaman peruntukan daripada Agrobank dan bantuan input dan insentif di bawah Jabatan/Agensi Kementerian. |